Mungkin ramai yang tidak mengenali NFT memandangkan ianya baru sahaja mencuri tumpuan individu dalam kalangan komuniti kripto. Selain merupakan salah satu matawang kripto, NFT juga memiliki ciri yang unik di mana ianya tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain kerana sifatnya yang berlainan antara satu sama lain.
Keunikan Non-Fungible Token atau lebih dikenali sebagai NFT ini telah berjaya mewujudkan kehadiran individu baru dalam industri kripto. Selain keasyikan mengumpul NFT merentasi pasaran serta peluang-peluang unik yang hadir bersama, matawang ini juga tidak terkecuali dengan pendedahan risiko keselamatan, pemburu penipuan dan cabaran teknikal.
Kuasa besar Thailand sertai CRYPTO
Dalam menangani isu ini, Pastel Network, salah satu syarikat yang kini sedaya upaya menyediakan penyelesaian secara berterusan telah berjaya menghasilkan sebuah sistem pengesanan pendua dan storan yang lebih selamat. Sebuah protokol pengesanan pendua NFT iaitu Sense yang dikuasakan oleh rantaian blok Pastel akan membantu dalam mengukur sebarang aktiviti luar biasa NFT dan seterusnya membuktikan keasliannya. Selain itu, Cascade sebagai protokol storan akan menawarkan storan kekal yang lebih selamat agar segala karya pencipta mahupun portfolio pengumpul-pengumpul NFT tidak akan hilang.
Memandangkan lebih ramai pencipta beralih kepada media digital, kebimbangan terhadap isu penipuan dan kehilangan data semakin meningkat tinggi. Jadi bagaimana pencipta-pencipta ini menjamin nilai matawang kripto antaranya NFT?
Antara yang telah digembar-gemburkan kini adalah usaha yang dijalankan oleh pihak Pastel Network di mana mereka telah berjaya mencipta penyelesaian yang unik yang membolehkan pencipta memastikan ketulenan NFT asal mereka dikekalkan. Walau pada hakikatnya Pastel mengesahkan ketulenan menggunakan tandatangan digital pencipta (seperti yang digunakan semua sistem NFT) namun, penggunaan mekanisme cap jari Pastel NFT yang dicipta akan membawa ia pergi lebih jauh dan menyaksikan betapa luar biasanya corak piksel bagi data NFT.
1. MEMBANTU PENGAWALAN TERHADAP AKTIVITI PENIPUAN
Sense direka bentuk untuk menyediakan perlindungan tambahan kepada pencipta dan pengumpul dengan menilai keunikan NFT tertentu terhadap sifat pendua yang hampir serupa. Dengan menggunakan model pembelajaran mendalam dan teknik statistik yang inovatif, syarikat Paste Network telah berjaya mengubah setiap NFT menjadi sebuah senarai tetap dengan lebih 10,000 nombor (‘vektor cap jari NFT’). Ia kemudian menilai hubungan antara cap jari yang diberikan dan pangkalan data semua cap jari sedia ada di platform Pastel, pasaran NFT lain seperti Rarible dan pangkalan data terbuka di seluruh internet seperti Google serta membantu mengeluarkan skor perbezaan antara 0% dan 100%.
Sense dapat mengenali persamaan yang paling halus dan kecil antara dua koleksi digital, walaupun satu telah diubah sedikit, dengan cara meniru gerak hati manusia. Lapisan pengesahan dan perlindungan yang teguh untuk NFT asal ini dapat menghalang penyenaraian palsu karya seni dan duplikasi. Walaupun Sense memberi manfaat kepada pengguna platform Pastel, ia juga boleh digunakan oleh aplikasi pihak ketiga atau pasaran seperti yang terdapat di Ethereum melalui API yang ringan dan mudah digunakan.
2. MENTAKRIFKAN SEMULA STORAN NFT KEKAL
Dalam dunia NFT, aset digital selalunya akan disimpan di dalam cloud pada pelayan berpusat atau sebagai sebahagian daripada Direktori IPFS. Pembekal pihak ketiga ini mungkin menuntut bayaran yang lebih tinggi atau memerlukan pembayaran berterusan untuk mengekalkan storan. Memandangkan tahap pemusatan yang terhad ini, keberangkalian wujudnya kekurangan kawalan ke atas aset terutamanya dalam jangka masa yang panjang semakin membimbangkan. Hal ini kerana ia mendedahkan pencipta kepada kehilangan data dan lebih menjurus kepada komplikasi teknikal. Jadi, Cascade yang dihasilkan dapat membantu isu ini dengan penghasilan storan kekal yang terdesentralisasi sepenuhnya.
Data NFT dipecahkan kepada ketulan rawak yang disalin secara berlebihan dan diedarkan kepada setiap SuperNode pada rangkaian. Cabaran storan tambahan akan memastikan setiap SuperNode sentiasa menyimpan data yang betul, dan tahap redundansi dan desentralisasi melindungi daripada kehilangan semasa rangkaian terputus. Pengguna hanya perlu membayar sekali untuk mendaftar dan menyimpan NFT pada rangkaian, selama-lamanya, jadi tidak ada kebimbangan mengenai penyelenggaraan yang berterusan. Jadi usaha yang dijalankan ini dapat memastikan bahawa aset digital asas itu dimuat naik, disahkan dan disimpan pada Pastel selain hanya merupakan token atau smart contract.Â
2 thoughts on “2 CARA SYARIKAT INI BERJAYA MELINDUNGI NFT DARIPADA DIDUPLIKASI ATAU HILANG”