Bagi sesebuah matawang baru diperkenalkan, sangat penting untuk mencari titik persamaan antara ‘kepercayaan’ dan juga ‘permintaan’
Mungkin kini, nilai mata wang kripto masih lagi belum mencapai titik kepercayaan bagi pengusaha-pengusaha perniagaan di Malaysia untuk menggunakannya sebagai salah satu proses pembayaran. Namun, kami di sini ingin mengupas dengan lebih lanjut berkenaan pembayaran kripto yang dijangka menjadi proses terbaik bagi sektor perniagaan kelak.
1. Sesuai untuk perkembangan pembangunan
Kebanyakan syarikat kini mula mencari peluang untuk menggunakan pembayaran mata wang asing dengan harapan pelanggan yang menetap di luar negara masih dapat membuat pembayaran dengan menggunakan mata wang mereka. Dalam masa yang sama, pembayaran kripto membantu buka peluang memperluaskan perniagaan hingga ke pasaran antarabangsa tanpa perlu melalui sistem pembayaran antarabangsa.
Namewee jadi jutawan segera jual NFT
Pembayaran kripto dapat memintas isu yang timbul berkenaan nilai upah tinggi yang menggunakan multi-currency di mana ia mengehadkan penglibatan para perniagaan kecil. Sudah tentu jika diperhatikan, pembayaran kripto akan hadir bersama kos penggunaan tersendiri namun jika dinilai semula, pembayaran kripto ini sangat bermanfaat memandangkan ia membuka satu saluran pembayaran yang boleh digunakan semua orang.
2. Meningkatkan keselamatan pembayaran
Pandemik Covid-19 telah mendedahkan kita kepada peningkatan penggunaan kad kredit dan debit yang sekaligus meningkatkan trend kes penipuan yang berlipat kali ganda. Siapa yang terlibat dan apa sebabnya mereka ini tertipu?
Syarikat ini sediakan keselamatan untuk NFT
Sudah tentu pendorong kenaikan trend ini merupakan perniagaan kecil yang mempunyai modal terhad bagi melindungi diri untuk melabur dalam infrastruktur yang lebih maju dan terkini. Jadi proses pengesahan transaksi yang kompleks serta penggunaan teknologi blockchain ini dapat menawarkan keselamatan yang lebih terjamin bagi memudahkan pembayaran.
Walaupun masih di peringkat awal, pembayaran kripto ini dijangka bakal menawarkan potensi yang tinggi bagi setiap perniagaan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.
3 thoughts on “2 sebab kenapa pembiayaan melalui kripto menjadi pilihan di masa hadapan”