Benarkah blockchain mampu berkembang seiring arus perdana?
Walaupun masih ramai yang tidak menyedari tentang perkara ini, namun ia sudah jelas dibuktikan.
Kemajuan blockchain pada masa kini tidak dapat disangkal lagi.
Jika sebelum ini umum hanya mengetahui blockchain melalui cryptocurrency yang digemburkan seperti bitcoin, namun kini, sudah banyak yang mula berkembang dengan menggunakan teknologi ini dalam pelbagai sistem.
Rakyat, pentadbir, golongan elit mahupun bukan, kini sudah mula mencipta revolusi.
Revolusi yang semakin ketara digunakan ini sudah mula memonopoli dunia teknologi kini yang digambarkan dapat memberikan pelbagai kelebihan baru pada dunia.
Akibatnya, pelbagai cerita baru mengenai blockchain perlu dikemas kini untuk menjadikannya lebih ketara digunakan dalam mencipta strategi serta menarik berjuta-juta pengguna.
Apakah antara langkah yang dapat memberi peluang kepada blockchain untuk berkembang seiring arus perdana? Mari kita teliti empat contoh penggunaan yang berpotensi untuk diiktiraf dan diterima oleh pelanggan umum.
1. Memperoleh pendapatan
Blockchain ialah sistem wang yang mampu melangkaui dunia sebenar.
Siapa yang tidak mahu diberi ganjaran atau pampasan untuk masa, pengetahuan, data atau kerja keras yang diusahakan, sama ada dalam talian atau tidak? Hari ini, kita semua telah menjadi hamba layan diri kepada pelbagai aktiviti dalam talian.
Kini, telah wujud mata wang kripto yang boleh menawarkan mata wang yang lebih lancar dan universal kepada pengguna. Sudah tentu, mata wang kripto ini dianggap sebagai mata wang asli internet yang sempurna, kerana selain maya, mata wang kripto ini juga boleh menyentuh dunia fizikal.
bagaimana blockchain dan security saling membantu?
2. Penjagaan aset sendiri
Jika kini aset yang diperoleh sudah melebihi sesuatu nilai yang mempunyai lebih daripada nilai yang selamat untuk disimpan, pastinya kita akan mencari suatu penjaga khas yang dapat membantu untuk menyimpan.
Namun begitu, suatu saat kelak, bank serta apa sahaja perkhidmatan storan fizikal ini mungkin bukan lagi menjadi kaedah penyimpanan yang selamat. Jadi, konsep dompet peribadi yang diguna pakai dengan teknologi blockchain ini akan dapat bertindak sebagai perlindungan yang lebih selamat untuk menyimpan segala aset ini.
Ramai pengguna akan beralih dan tidak lagi menggunakan aset mereka dan mula memindahkannya ke dalam jagaan sendiri bagi memanfaatkan perkhidmatan baharu yang hanya tersedia di dunia blockchain kelak.
3. Pemerkasaan komuniti
Blockchain sesuai untuk memperkasakan tadbir urus komuniti dalam talian.
Bayangkan tentang bagaimana jika komuniti yang mempunyai kepentingan yang sama dapat mentadbir serta memerintah dengan cara yang lebih jelas, teratur dan beroperasi dengan baik?
Pasti ianya sangat memudahkan dan menguntungkan ke semua pihak. Segala rekod dan data dapat dikongsi dan diakses dengan mudah bagi setiap individu yang sudah mempunyai kuasa serta kelebihan untuk mengakses. Ia juga mampu untuk mengawal tahap keselamatan agar mampu dijaga dengan baik dan rapi tanpa membuka peluang kepada penyerang untuk menyerang.
ke manakah harga bitcoin yang seterusnya?
4. Tahap keselamatan rapi
Seperti yang sudah dijelaskan, sistem keselamatan akan menjadi lebih kuat dan kukuh dengan penggunaan teknologi blockchain.
Secara ringkasnya, cara-cara blockchain yang dinyatakan ini akan dapat membantu perkembangannya untuk maju seiring arus semasa.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.