Jika anda membaca tentang teknologi dan transformasi digital, pasti anda akan menyedari pelbagai gembar-gembur berkenaan blockchain. Mendengarkan isu yang semakin hangat ini, ramai yang mula mempercayai bahawa teknologi blockchain ini ditetapkan bagi merevolusikan pelbagai industri, dengan cara yang sama seperti Big Data dan juga internet.
Dalam artikel ini, kami di Labur Media ingin berkongsi kelebihan sebenar teknologi Blockchain yang dapat membantu perniagaan serta kepentingan memilihnya berbanding pangkalan data yang biasa. Blockchain yang merupakan medium penyimpanan data yang terbuka dan boleh diedarkan ini diproses oleh rangkaian pengguna yang berusaha untuk mengesahkan data setelah mencapai kata sepakat.
Blok data yang telah disambungkan lalu membentuk rantai ini tidak dikawal oleh mana-mana entiti serta mengandungi rekod apabila blok itu dibuat atau diedit, menjadikannya sangat berguna bagi mengekalkan sistem rekod yang tidak boleh rosak atau hilang.
Patutkah pengguna diberi ganjaran untuk setiap nilai kripto mereka?
Oleh kerana keseluruhan blockchain diduakan merentasi pelbagai komputer, mana-mana pengguna boleh melihat keseluruhan blockchain tersebut. Transaksi atau rekod diproses oleh rangkaian pengguna yang berusaha untuk mengesahkan data dan mencapai kata sepakat. Bitcoin adalah contoh pertama yang beroperasi dengan cara yang sama.
Mari lihat beberapa kelebihan terbesar menggunakan teknologi blockchain:
1. Tidak berpusat kepada satu sistem
Hakikat bahawa blockchain menyimpan dan mengakses data tanpa kewujudan satu sistem berpusat, menjadikan keseluruhan sistem sangat selamat. Ini kerana peluang untuk penggodam bagi menggodam segala maklumat pengguna adalah sangat tipis dan mengambil masa yang lama. Ini menjadikannya amat berguna untuk merekodkan transaksi dengan cara yang selamat.
2. Tiada kewujudan individu tertentu
Sistem blockchain yang dapat diakses pelbagai pihak menjadikannya tidak tertakluk kepada individu tertentu bagi tujuan akses atau kebenaran. Namun, setiap perkara yang ingin diubah di dalam sistem blockchain memerlukan setiap individu untuk memberi kebenaran.
3. Memudahkan proses transaksi digital
Kewujudan ‘smart contract’, membolehkan pembayaran automatik dikeluarkan apabila pihak dalam transaksi bersetuju bahawa syarat mereka telah dipenuhi. Sebagai contoh, kebanyakan penyedia penginapan pada masa ini perlu berinteraksi dengan tetamu melalui platform agregator terpusat, seperti Airbnb atau Expedia. Namun teknologi blockchain boleh mengubah semua itu. Sebagai contoh, syarikat pelancongan TUI menghubungkan pengusaha hotel dan pelanggan secara langsung, supaya mereka boleh berurus niaga melalui blockchain dengan cara yang mudah, selamat dan konsisten, dan bukannya melalui platform tempahan pusat.
Langkah dunia kripto melalui projek CBDC
4. Membantu merekodkan aktiviti dengan selamat
Blockchain ialah cara yang lebih baik dan selamat untuk mengekalkan rekod kerana data tidak boleh dirosakkan oleh sesiapa sahaja atau dipadamkan secara tidak sengaja.
Kesimpulannya, jika anda berpuas hati dengan pangkalan data semasa anda, maka tidak perlu beralih kepada teknologi blockchain dalam masa terdekat. Tambahan pula,6 blockchain akan berkembang sepanjang masa. Namun, kelebihan dan kegunaan yang dinyatakan dalam artikel ini menunjukkan bahawa teknologi blockchain pastinya patut dipertimbangkan untuk masa hadapan jika sistem rekod terdesentralisasi sesuai dengan perniagaan anda.