Tiktok adalah platform media sosial yang cepat mendapat populariti di seluruh dunia. Tiktok adalah platform yang hebat untuk pencipta kandungan berkongsi kerja mereka dan membina pengikut. Walau bagaimanapun, sukar untuk membina pengikut di Tiktok. Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan bilangan pengikut anda di TikTok, anda berada di tempat yang betul. Dalam artikel ini, kami akan memberi anda 5 cara cepat untuk mendapatkan lebih ramai pengikut di TikTok.
1. Gunakan hashtag # yang betul
Anda mungkin pernah dengar tip untuk menggunakan hashtag di media sosial, tetapi tidak semua hashtag dicipta sama. Ada hashtag yang bagus dan yang buruk, dan anda ingin pastikan untuk menggunakan yang bagus agar dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan lebih banyak like, share, dan komen.
Hashtag boleh membantu anda menjangkau khalayak yang lebih luas, tetapi hanya jika anda menggunakannya dengan betul! Jadi, apakah cara yang betul untuk menggunakan hashtag? Pastikan anda menggunakan hashtag yang sesuai dengan niche anda. Jika anda menjalankan perniagaan fesyen, gunakan hashtag seperti #ootd, #fashion, #style, dan sebagainya.
Pastikan anda hanya menggunakan hashtag yang relevan dengan konten anda. Anda juga boleh menggunakan hashtag yang sedang trending untuk membuat content anda lebih visible. Sila pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak hashtag dalam satu posting yang sama.
2. Gunakan topik yang sedang popular
Topik popular akan membantu anda mendapatkan lebih ramai pengikut dengan cara yang lebih cekap. Selain itu, topik popular akan membantu anda berhubung dengan khalayak yang lebih luas. Anda akan mendapat penonton dari seluruh dunia yang akan berminat dengan topik yang anda bincangkan.
Orang suka bercakap tentang perkara yang popular kini, jadi jika anda boleh memanfaatkan peluang itu, anda pasti akan mendapat perhatian. Sudah tentu, tidak cukup untuk memilih topik yang popular – anda juga perlu bercakap tentangnya dengan cara yang menarik. Jadi gunakan topik popular supaya anda boleh mendapatkan lebih ramai pengikut.
3. Kandungan mestilah asli
Jika anda menyiarkan kandungan yang sama seperti yang lain, amat sukar untuk mendapatkan ramai pengikut. Anda perlu mencari cara untuk menonjol di TikTok, seperti cara anda menggunakannya semasa membuat video, atau apa sahaja perkara lain yang boleh anda lakukan.
Satu perkara yang anda perlu tahu, menggunakan persona anda sendiri atau apabila menggunakan cara anda sendiri pasti akan mencipta keunikan dalam kandungan anda dan pasti boleh membuatkan anda terkenal di TikTok.
4. Bekerjasama dengan pencipta kandungan lain
Bekerjasama dengan pengguna TikTok yang lain ialah cara terbaik untuk mengembangkan pangkalan pengikut anda dan juga membantu kandungan anda menjangkau kumpulan pengikut baharu. Ciri duet TikTok membolehkan anda membuat video atau LIVE dengan pengguna lain tanpa perlu bersemuka.
Lebih baik berduet dengan pengguna yang mempunyai bilangan pengikut yang sama. Jika anda mempunyai 100 pengikut, anda harus cuba bekerjasama dengan pengguna lain yang serupa.
5. Aktif di platform
Jika anda tidak aktif atau konsisten dalam memuat naik video ke TikTok, sukar untuk orang ramai mengetahui tentang kewujudan anda. Anda harus tahu bahawa orang yang mengikuti anda sentiasa mengharapkan video daripada anda. Itulah sebabnya mereka ini mengikuti anda. Pengalaman kebanyakan mereka yang memiliki pengikut tiktok yang banyak ini adalah untuk menambah follower tiktok, mereka perlu update setiap 2 hari sekali minimum supaya kekal relevan sepanjang masa.