Antara perkara yang sering menjadi kerunsingan ramai bila dah ceburi bidang perniagaan di internet ini ialah bila susah nak dapatkan “engagement” yang tinggi setiap kali buat posting di Facebook atau Instagram.
Ini memang perkara biasa yang terjadi kerana algorithm yang sering berubah dalam media sosial ini boleh menyebabkan “posting” yang kita post itu kadangkala tidak dilihat oleh pengikut kita di media sosial.
Jadi, kami kongsikan 5 tips yang mungkin boleh membantu anda untuk dapatkan “engagement” setiap kali “posting” di media sosial
- Tentang produk/servis
Posting tentang produk ini adalah perkara paling wajib kerana adanya page adalah produk/servis anda. Dan ada juga page untuk bagitahu pasal bisnes branding dan sebagainya. Jadi perkara utama kenalkan produk/servis anda di dalam page. - Kebaikan produk/servis
Bila dah kenalkan produk/servis anda boleh ceritakan pula tentang kebaikan produk/servis anda. Masukkan pelbagai kebaikan yang boleh bisnes anda lakukan. Dekat sini sebenarnya boleh gunakan ayat copywriting yang menusuk kalbu supaya dapat menambat hati audience dengan bisnes anda. - Testimoni Produk
Posting banyak orang akan tertarik dengan page anda. Tuliskan posting tentang testimoni daripada pelanggan anda supaya audience yang lain boleh yakin dan percaya dengan anda. Testimoni ni boleh dipost dalam bentuk copywriting, gambar dan video. Yang paling baik sekiranya anda buat short-video atau buat lakonan kepada tesmoni pengguna.. yang ni lebih ramai orang suka tengok - Promosi produk
Kalau ada posting promosi lebih hebat. Audience akan selalu singgah dekat page anda. Bila dah buat promosi ni lagi akan meningkat engagement page anda. Disamping anda buat promosi selitkan sekali buat giveaway supaya boleh tingkatkan like, coment dan sharing. Makin ramai yang share makin tingkatlah anda punya engagement nanti mudahlah trafik ke page anda. Follower pun makin bertambah. - Kesan sekiranya tak beli produk
Postkan juga kesan sekiranya tak beli produk/servis anda. Disini anda boleh gunakan ayat copywriting supaya posting anda lebih elok dan tertib. Berikan pelbagai sebab untuk mereka beli. Ini adalah salah satu idea untuk anda post di page.