Walaupun terdapat banyak cabang ke arah mengautomasikan sistem kewangan namun, pemahaman tentang faedah yang dihasilkan oleh teknologi automasi juga boleh membantu syarikat memanfaatkan sepenuhnya pelaburan terhadap teknologi. 86% pakar IT kini mahu lakukan lebih banyak sistem automasi serta artificial intelligence (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang menurut penyelidikan Teleware365. Ini disebabkan oleh pemerhatian yang dilakukan membawa kepada kepelbagaian faedah bagi perkhidmatan kewangan melalui sistem automasi.
- Mengurangkan kos
Institusi kewangan yang perlu memenuhi beberapa peraturan serta mengekalkan pematuhan untuk setiap proses dan operasi akan mengambil masa yang lama selari peningkatan kos. Dengan adanya strategi automasi yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik, pematuhan yang berterusan serta pengurangan sumber manual dapat dicapai.
Sebagai contoh, sistem automasi yang dijadualkan untuk melaksanakan tugas berulang seperti kemasukan data dan banyak lagi dapat menjimatkan masa dan kos operasi. Tambahan pula, kewujudan pembantu maya dalam mengendalikan tugas mudah dan tidak kritikal ini membolehkan pekerja untuk menumpukan perhatian kepada tugas strategik. Selain itu, penggunaan alat automatik dapat mengurangkan ralat sebanyak 27.4% sekaligus memudahkan komunikasi dan proses agar lebih berkesan dan cekap.
2. Mempertingkatkan produktiviti
Automasi direka untuk meningkatkan kecekapan bagi mana-mana proses perniagaan sekaligus membebaskan pekerja di pelbagai industri perniagaan untuk menjalankan aktiviti yang lebih bernilai dan memberikan pulangan yang lebih besar. Kajian Microsoft Power Automate baru-baru ini mendapati bahawa dengan meningkatkan kecekapan keseluruhan dengan Power Automate, organisasi yang terlibat dapat menyaksikan peningkatan ROI sebanyak 199% dalam tempoh 3 tahun. 78% pakar IT mengatakan teknologi sangat penting dalam meningkatkan produktiviti kendiri.
3. Akses data yang teratur
Langkah mengautomasikan semua proses data akan menyediakan akses yang selamat serta teratur. Ini dapat memastikan sistem komunikasi pelanggan serta maklumat yang diperlukan pekerja lebih mudah diakses dan menjadikan sistem kerja lebih teratur dan produktif. Kajian PWC baru-baru ini terhadap sektor perkhidmatan kewangan yang bekerja sepanjang tempoh pandemik, menunjukkan bahawa 22% pekerja mengatakan mereka kurang produktif manakala 30% lagi memaklumkan mereka sukar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Jadi, ternyatalah keupayaan mengurus dan menyusun data terutamanya dalam institusi kewangan adalah baik untuk perniagaan.
4. Menghapuskan pelanggaran data
Menurut GOV.UK, 32% perniagaan di UK mengalami serangan siber atau pelanggaran data dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan jumlah itu lebih besar kepada perkhidmatan kewangan. Disebabkan oleh data sensitif yang mereka bawa, mereka 300x lebih banyak disasarkan oleh mana-mana perniagaan lain. Pada tahun 2018 sahaja, firma perkhidmatan kewangan telah terjejas sebanyak 819 kali. Serangan dan pelanggaran data ini sangat mahal yang mana bukan sahaja akan dikenakan denda kawal selia yang meluas, malah kerosakan kepada kepercayaan pengguna turut perlu ditempuh.
4 cara blockchain menaik taraf perniagaan
5. Mengikuti tuntutan kerja moden
Pandemik baru-baru ini menunjukkan majoriti perniagaan, termasuk perkhidmatan kewangan, terpaksa menyesuaikan diri dengan pantas untuk membolehkan pekerja bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, ini adalah contoh yang bagus tentang cara baharu bekerja dalam perkhidmatan kewangan walaupun memerlukan kawalan yang ketat.
Firma kewangan kini meneroka dan melaksanakan model kerja secara hibrid dengan bilangan pekerja yang jauh lebih ramai akan membahagikan masa mereka antara rumah dan pejabat . COVID-19 telah mengubah jangkaan tentang perubahan sistem kerja yang lebih moden. Ini menjadi tanggungjawab pihak IT untuk memahami perkara ini dan menghasilkan teknologi automatik terbaik yang boleh digunakan oleh pekerja sama ada mereka berada di pejabat, rumah atau di mana mana sahaja. Dari sudut persaingan, penggunaan teknologi automasi moden adalah sangat penting untuk pastikan pertumbuhan dan pengekalan keselamatan memenuhi jangkaan pelanggan.
6. Penggabungan AI
Menurut kajian, 30% daripada firma perkhidmatan kewangan ‘frontrunner‘ yang lebih mahir menggunakan AI, membantu mereka meningkatkan hasil dengan lebih cepat berbanding pesaing mereka dengan peningkatan sebanyak 19%. Walaupun beberapa kajian telah menjelaskan automasi dan AI merupakan masa depan kepada sektor kewangan, namun kebanyakan perniagaan kewangan tidak menyedari kelebihan yang tersedia. Hal ini kerana bukan setiap perniagaan cepat keluar dari kelompok sedia ada dan bersedia untuk menempuh pasaran baru.
Projek blockchain di Indonesia
Dengan pelaburan teknologi yang tepat untuk kes penggunaan tertentu dan sokongan rakan kongsi pakar automasi, perniagaan boleh merealisasikan pulangan pelaburan yang lebih cepat dan efektif.