Jom kita selami 9 jenis pemasaran digital yang perlu anda tahu!
Untuk pengetahuan anda kini, pemasaran digital adalah salah satu inisiatif strategik yang sangat penting dalam dunia perniagaan. Ramai orang mula beralih kepada internet untuk mendapatkan maklumat tentang perniagaan dan produk.
Penggunaan pemasaran digital yang berbeza dalam mempromosikan perniagaan serta produk akan membantu kita khususnya para peniaga untuk mempromosi perniagaan melalui saluran yang betul dan tepat.
peranan blockchain dalam logistik
Sebenarnya, terdapat banyak jenis pemasaran digital yang boleh anda manfaatkan untuk meningkatkan keupayaan promosi produk. Penggunaan pelbagai jenis saluran pemasaran digital boleh membantu anda mencipta strategi yang baik dan menghasilkan hasil yang terbaik.
Jadi, untuk membantu anda menentukan strategi pemasaran digital yang paling sesuai untuk perniagaan anda, berikut ialah sembilan jenis pemasaran digital yang paling berkesan:
1. Content marketing
Content marketing merujuk kepada kandungan yang bermaklumat seperti catatan blog, video tutorial serta beberapa bahan pengajaran yang lain. Pemasaran jenis ini akan membantu anda untuk berhubung dengan individu awam serta menjawab setiap soalan yang diajukan.
2. Search engine optimization (SEO)
Ia adalah suatu strategi yang dapat memastikan kandungan yang dicipta diletakkan pada halaman yang tertinggi pada halaman hasil enjin carian (SERP) dan google. Melalui SEO, Google akan dapat menggunakan algoritmanya untuk menentukan sejauh mana halaman anda berkait rapat dengan kata kunci yang dicari oleh pengguna.
Jika usaha SEO dilakukan dengan betul, kandungan anda akan diletakkan pada halaman bahagian atas SERP dan membawa lebih banyak trafik organik. Ia akan dapat membantu meningkatkan kesedaran umum terhadap jenama anda dan menjimatkan kos.
3. Search engine marketing (SEM)
SEM, merujuk kepada iklan berbayar yang muncul di bahagian atas SERP. Kos iklan ini biasanya bergantung kepada bilangan klik yang diterima oleh setiap pautan. Label “Iklan” akan muncul di sebelah URL anda jika anda membayar untuk slot SERP yang paling teratas.
4. Social media marketing
Platform media sosial digunakan sebagai saluran pemasaran digital jenis ini. Untuk menjangkau atau mencapai kelompok pelanggan baru, Iklan akan dibuat melalui mana-mana platform media sosial untuk mengiklankan produk baharu, jualan atau kandungan yang baru diterbitkan.
Platform media sosial ini akan digunakan bergantung kepada jenis pelanggan yang ingin dicapai mengikut umur, jantina, kelompok umur dan sebagainya.
5. Affliate & influencer marketing
Kerjasama yang terjalin antara anda dengan influencer akan dapat membantu meningkatkan tumpuan pelanggan kepada jenama anda.
Kebanyakan influencer ini mampu mencipta kandungan yang sesuai dan dapat membantu mempromosikan jenama anda dengan baik. Walaupun ada kalanya produk yang dikongsi tidak diperlukan pelanggan namun, disebabkan minat dan pengaruh individu diminatinya, tanpa sedar mereka akan terpengaruh untuk mengikuti dan membeli sesuatu jenama itu.
bagaimana ekosistem blockchain membantu pks?
6. Emel marketing
Ia berfungsi dengan cara anda menghantar e-mel tentang jualan, acara penting atau jumlah keluaran produk.
Anda mungkin boleh menawarkan tawaran eksklusif yang tidak akan diterima di tempat lain atau membina hubungan yang baik dengan pelanggan.
Pemasaran jenis ini juga sangat penting bagi pelanggan namun dalam masa yang sama, anda perlu memberikan nilai yang baik kepada mereka.
7. Audio marketing
Jika dahulu umum hanya mengetahui tentang radio tetapi kini, podcasts juga sudah menjadi pilihan ramai. Podcast kini semakin banyak digunakan, terutamanya kepada individu yang suka bersenam atau melakukan hobi yang disukai.
Untuk menguasai pemasaran jenis ini, anda mesti memahami tabiat prospek atau pendengar anda. Fikirkan tentang aktiviti yang mungkin mereka lakukan semasa mendengar audio anda.
8. Video marketing
Video pendek kini akan lebih menarik perhatian pelanggan berbanding pemasaran jenis tulisan atau ayat panjang. 80% dari pelanggan akan memilih video untuk ditonton bagi mengetahui tentang produk serta menyemak pandangan individu lain terhadap sesuatu perkara.
9. Mobile marketing
Pemasaran mudah alih adalah wajib bagi jenama yang ingin sentiasa bersama pelanggan dengan lebih dekat. Namun begitu, ia memerlukan strategi pemasaran yang lebih sesuai untuk dilakukan. Jika anda ingin berkecimpung dengan pemasaran jenis ini, anda perlu cekap dalam melakukan tugas khusus seperti pengiklanan dalam apl, teks dan sebagainya. Ia amat penting untuk jenama yang yang ingin menyasarkan prospek yang lebih muda.
Ringkasnya, setiap syarikat, tidak kira industri apa sekalipun, memerlukan strategi pemasaran digital yang sesuai untuk berkembang maju dalam dunia yang sangat kompetitif ini.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai digital marketing?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pemasaran digital dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia pemasaran digital dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.