Dalam pasaran lelongan dalam talian OpenSea, pengguna boleh membayar sekitar $600 untuk membeli potret robot berpakaian jalanan dan, jika bernasib baik pengguna juga mendapat pegangan dalam empayar media baharu itu.
Robot yang dipanggil TARS itu adalah sebahagian daripada Voguverse, sebuah mitos abad ke-37 yang melibatkan arkologi angkasa, perang nuklear dan perjalanan antara bintang. Potret itu adalah salah satu daripada pelbagai aset digital yang dijual sebagai non-fungible token, atau NFT. Tetapi dengan menggandingkan alam fiksyennya dengan lejar berasaskan blokchain, pencipta berpendapat bahawa mereka boleh memanfaatkan cara baharu untuk berkarya melalui penceritaan.
Kini, apabila NFT semakin popular, usahawan membayangkan keseluruhan industri media yang dibina dengan visi paling tinggi digelar sebagai “Disney terdesentralisasi” iaitu dunia persilangan fiksyen seperti Marvel Cinematic Universe di mana watak dan sifat kreatif yang berbeza dimiliki oleh sekumpulan peminat. Ia dibeli oleh pelbagai agensi bakat, pengarang komik dan peminat NFT yang tidak terkira banyaknya membelinya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, NFT yang pada asasnya merupakan sijil pemilikan pada rantaian mata wang kripto kini telah meletup menjadi sebuah pasaran yang menguntungkan. NFT telah membuat gelombang terbesar dalam dunia seni, serta beberapa siri koleksi NFT yang disatukan secara estetik.
CryptoPunks, contoh yang paling terkenal, ialah sebuah pengumpulan unik 10,000 karakter yang kebanyakannya adalah potret berpiksel manusia. Setiap karakter mempunyai bukti pemilikan yang disimpan di dalam rantaian blok Ethereum.
Harga satu CryptoPunk ini mungkin mengubah fikiran anda yang menganggap NFT adalah jenaka.
Avatar digital ini didagangkan untuk ratusan ribu dolar pada satu masa. Pada 2017, harganya di antara $1 dan $34 setiap satu namun kini, dengan hanya satu CryptoPunk sahaja sudah boleh menelan belanja berjuta-juta dolar. Jualan CryptoPunk yang paling mahal telah dijual pada bulan Jun tahun ini dengan harga $11.7 juta.
Bagaimana industri muzik dibantu platform centaurify
Sesiapa sahaja, sudah tentu, boleh mengambil tangkapan skrin avatar ini atau memuat turun imejnya, namun hanya seorang sahaja yang boleh ‘memiliki’ mana-mana avatar secara rasmi yang menjadikan mereka pembelian berprofil tinggi.
Anda mungkin pernah mendengar tentang karya seni NFT yang dijual dengan harga berjuta-juta di lelongan. Pada bulan Mac tahun ini, NFT yang dicipta oleh artis Beeple dijual dengan harga lebih $60 juta, dan NFT lain telah dijual pada harga yang sama tinggi. Kesnya adalah sama untuk CryptoPunks. Tapi kenapa?
Secara amnya, nilai NFT hanya akan berkembang dengan peningkatan persepsi dan populariti orang ramai. Walau bagaimanapun, dengan ukuran yang sama, nilai NFT juga mungkin turun secara drastik pada bila-bila masa, jadi pelaburan ini boleh menjadi sangat lumayan atau satu cara untuk kehilangan banyak wang. Walau bagaimanapun, setakat ini, nilai CryptoPunks telah berkembang dengan pesat.
Keunikan sebagai pemilik unik, ini menjadikan CryptoPunks satu langkah bijak untuk pelabur yang mempercayai pasaran NFT.
Oleh kerana setiap avatar NFT adalah unik dan tidak serupa, pembeli boleh menjual NFT mereka jika mereka mahu beralih ke projek lain. Orang yang mencetak NFT juga boleh mengutip royalti setiap kali barang koleksi bertukar tangan.
Selain merupakan pelaburan yang berpotensi menguntungkan, ia juga merupakan satu perkara yang menarik untuk dipertontonkan. Semakin jarang CryptoPunk, semakin berprestij pemilikannya.
1 thought on “PEMBUAT NFT CUBA CIPTA DISNEY BARU”