Bintang-bintang video tular “Charlie bit my finger” kini melelong satu klip berusia hampir 14 tahun itu sebagai NFT, sebelum memadamkan yang asal daripada YouTube selama-lamanya.
Video YouTube, yang menampilkan Charlie dan Harry Davies-Carr sebagai kanak-kanak dengan ayat: “Charlie bit me,” pada masa ini mempunyai lebih daripada 881m tontonan.
Walaupun tontonan video itu tidak menjadikannya antara 20 video YouTube yang paling banyak ditonton, ia adalah salah satu video yang paling dikenali, yang mana pencipta klip itu percaya video itu sangat berbaloi untuk dijual sebagai NFT.
Jual lukisan melalui NFT, pelukis ini dakwa Malaysia terlalu racist
Lelongan untuk video itu bermula pada 22 Mei, sempena ulang tahun ke-14 video itu di YouTube. Sebaik sahaja lelongan tamat, video “Charlie bit my finger” tersebut akan dipadamkan daripada YouTube untuk selama-lamanya.
NFT, atau non-fungible token, adalah kepingan “seni” digital yang dijual di dalam bentuk blok, dan video ini dijual melalui blok Ethereum.
Charlie, yang kini berusia 14 tahun dan tinggal di Marlow, England, memberitahu keputusan melelong video tersebut adalah kerana NFT merupakan satu perkara baharu yang lebih menarik pada masa kini sama seperti platfom Youtube pada masa lalu.
Sentimen itu disuarakan oleh bapa kanak-kanak lelaki itu, Howard Davies-Carr, yang merakam video itu dan memuat naiknya ke YouTube berkata bahawa mereka adalah antara yang pertama menerima YouTube dan kini menjadi salah satu daripada yang pertama menerima NFT dan crypto.
Howard juga berkata bahawa orang yang memenangi lelongan akan mendapat peluang “untuk melakonkan semula video tersebut dan keluarga Charlie akan bersedia untuk terbang dan bertemu mereka.
Lelongan video sebagai NFT dibuat apabila aset digital itu semakin popular sepanjang tahun lepas, dengan meme dan video lain, seperti Disaster Girl, dijual dengan harga ratusan ribu dolar. Selain itu, Chris Torres, artis yang mula-mula mencipta Nyan Cat, juga menjual Gif meme terkenal itu dengan harga lebih daripada $470,000.