“Anda boleh memperoleh segala-galanya dan juga kehilangan segala-galanya”.
Itulah pendapat sebilangan pakar yang menguasai sektor pembangunan di seluruh dunia.
Non-fungible token, atau dipanggil NFT adalah sebuah aset digital yang unik, seperti karya seni dan kad dagangan sukan, yang disahkan dan disimpan menggunakan teknologi blockchain. Ianya mula hangat diperkatakan dan meledak naik popularitinya pada tahun 2021.
Orang ramai mula mencipta, mengumpul dan memperdagangkan NFT untuk berjuta-juta dolar dan sesetengah daripadanya pula mempunyai harapan untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat. Namun begitu, sesetengah pakar masih ragu-ragu bahawa NFT adalah pelaburan yang baik.
Lonjakan dalam NFT masih agak baru, tetapi sejumlah besar wang telah bertukar tangan di kalangan pengumpul. Sejak tahun 2017, ada beberapa jenis koleksi NFT yang sudah menjana jualan lebih daripada $6.2 bilion manakala seni digital pula menjana lebih $1.9 bilion. Ini sudah menunjukkan peningkatannya yang ketara berbanding seni digital.
Namawee jadi jutawan kripto dalam masa 3 jam
Ia juga mendorong beberapa pendapat yang karya seni dan koleksi telah menjadi komoditi besar NFT kerana ia secara semula jadi sesuai dengan maksud NFT itu sendiri. Seorang professor sains komputer di Universiti Monash, Jon McCormack berkongsi pendapatnya berkenaan isu betapa pentingnya mempunyai sijil ketulenan tambahan memandangkan aktiviti digital boleh disalin dan ditiru.
Jumlah dagangan NFT kini semakin meningkat 38,000% dari tahun ke tahun sehingga mencecah $10.7 bilion pada suku ketiga. Jadi ini mendorong kebimbangan kebanyakan penyelidik bahawa sekarang mungkin bukan masa yang terbaik untuk memasuki pasaran, yang telah berkembang terlalu cepat di bawah gembar-gembur dan spekulasi yang besar.
Michael Every, ketua penyelidikan pasaran kewangan Rabobank untuk Asia-Pasifik juga menyuarakan kerisauannya walaupun telah memahami sepenuhnya dinamik yang mendorong golongan muda khususnya terhadap pasaran NFT. Sebilangan pakar mencadangkan untuk membeli NFT dengan tujuan ingin memilikinya, bukan kerana ingin mendapat kepopularitiannya.
“Jangan beli kerana ia adalah NFT,” kata Evan Cohen, pengasas bersama Vincent. “Beli kerana anda suka seni itu atau beli kerana anda fikir koleksi itu hebat atau masyarakatnya hebat. Anda mahu mengambil bahagian untuk aset, bukan teknologi asas yang menguasainya.”