Pengendali perlombongan Bitcoin juga sedang dalam perjalanan untuk disenaraikan di bursa NASDAQ melalui penggabungan Special Purpose Acquisition Company, SPAC.
Ia memerlukan banyak tenaga pelombong untuk mengesahkan urus niaga dan menghasilkan blok baharu pada blockchain Bitcoin (BTC). Menurut Statistica, satu transaksi Bitcoin menggunakan tenaga elektrik sebanyak lebih 1 juta transaksi VISA. Selain itu, beban alam sekitar mata wang kripto juga semakin meningkat jika tenaga yang digunakan untuk perlombongan berpunca daripada bahan api fosil.
Oleh sebab itu, SAITech, yang merupakan pengendali perlombongan Bitcoin berasaskan Eurasia yang beribu pejabat di Singapura, berusaha untuk mengitar semula tenaga sisa daripada perlombongan untuk digunakan dalam aplikasi kediaman, pertanian dan perindustrian. Syarikat itu juga sedang menjalani penggabungan syarikat dengan TradeUP Global Corp supaya sahamnya yang bernilai $228 juta, disenaraikan di bursa NASDAQ.
Buat masa ini, SAITech hanya menyediakan sistem penyejukan cecair, yang mana mereka menggunakan semula haba daripada pelombong dan menyediakan perkhidmatan pemanasan untuk pelanggan. Proses ini dikatakan boleh menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan untuk dua bahagian iaitu pemanasan dan juga pengkomputeran.
Syarikat ini berjaya mengaplikasikan blockchain
Walau bagaimanapun, buat masa ini, mereka hanya boleh menggunakan sebahagian sahaja iaitu elektrik dan selpas selesai ujian pengkomputeran itu, mereka akan menyediakan perkhidmatan pemanasan. Berdasarkan itu, laporan jejak karbon dan ESG juga telah dikeluarkan sebagai bukti kejayaan projek ini. Selain itu, mereka juga telah menandatangani komitmen PBB untuk mengurangkan kos dengan kuasa pengkomputeran yang bersih dalam industri aset digital.
Sistem yang dijalankan oleh SAITech ini adalah sistem bersepadu yang bukan sahaja memfokuskan sistem pemanasan, tetapi kami mempunyai empat bahagian teknologi yang lain. Antaranya ialah SAIHEAT, di mana mereka menggunakan haba dari cip. Kedua ialah SAIWATT di mana mereka menemukan lebih banyak sumber tenaga bersih seperti kuasa hidro, tenaga suria, angin dan tenaga bersih yang lain selain dapat menyelesaikan masalah penjimatan tenaga dan penyimpanan tenaga. Yang ketiga ialah teknologi SAIBYTE yang membantu kepada penyediaan sistem bersepadu seperti kolam perlombongan, dompet, dan penyemak imbas blockchain.
SAITech hanya menyepadukan fungsi dan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan dan penyedia industri. Teknologi keempat yang akan digunakan ialah SAICHIP, dengan kehadiran teknologi cecair terbaik yang boleh menggunakan semula haba dan sistem penyejukan yang lebih baik. Mereka juga telah bekerjasama dengan pengeluar seperti BITMAIN dan pelombong lain, untuk menyediakan teknologi penyejukan cecair yang menggalakkan kecekapan pelombong yang juga dapat meningkatkan kecekapan keseluruhan sistem.Walau bagaimanapun, perkhidmatan penyejukan dan pemanasan cecair ini hanyalah permulaan, dan mereka akan menggunakannya semula sekali gus mempunyai sistem yang lebih cekap.