Adakah teknologi blockchain suatu masa depan yang baik?
Jika anda ingin tahu, internet adalah suatu medium komunikasi serta perdagangan yang sudah mula mengalami suatu transformasi besar bermula daripada kebangkitan dunia maya kepada pertumbuhan pesat media sosial.
Sebelum ini, internet sudah mula mengalami 2 evolusi perkembangan dan bakal melaluinya buat kali yang ketiga. Perubahan ini akan memberi kesan yang besar kepada seluruh dunia bukan sahaja cara kita menggunakan internet malahan juga cara kehidupan seharian termasuklah cara bekerja dan berkomunikasi.
Perkembangan Internet
Bermula dengan web 1.0, setiap syarikat memerlukan laman sesawang yang dicipta dengan setiap data yang terkumpul hanya dapat dikawal dan diuruskan oleh syarikat tersebut. Data yang diperoleh adalah sangat terhad memandangkan jenis maklumat yang dihasilkan adalah secara sehala. Perkongsian data dan maklumat kebanyakannya adalah terhad dan tidak dapat dikawal oleh umum apatah lagi menggunakannya untuk mempengaruhi individu lain.
Tidak lama selepas itu, muncul pula revolusi web 2.0 yang bersifat tidak terhad kepada satu arah sahaja. Ia bersifat kompleks yang mampu memberikan peluang kepada setiap pengguna untuk berkongsi maklumat serta mempengaruhi individu lain tetang sesuatu maklumat yang mungkin sudah dieksploitasi. Revolusi ini dapat diakses di mana-mana sahaja secara atas talian melalui pelbagai jenis telefon pintar asalkan sahaja sudah dihubungkan dengan internet. Revolusi ini adalah suatu potensi besar dunia untuk meningkatkan perkembangan dari pelbagai bidang termasuklah pendidikan.
Jika web 1.0 dan 2.0 menyatakan tentang pemilikan data adalah milik syarikat atau entiti tertentu, maka ia berbeza pula dengan web 3.0. Suatu revolusi terbaru yang membenarkan data dan informasi terkumpul tidak dimiliki oleh mana-mana syarikat atau entity tertentu. Sebaliknya, ia disimpan di dalam fabrik internet itu sendiri dan tersedia untuk apa jua aplikasi yang memerlukan aksesnya.
Revolusi masa depan yang ketiga ini akan didayakan oleh sebuah teknologi yang dikenali sebagai teknologi blockchain.
Teknologi blockchain telah melalui suatu perjalanan yang panjang untuk muncul sebagai sebuah teknologi inovatif yang bertanggungjawab dalam memberi nilai tambah kepada perniagaan yang merentasi pelbagai sektor perkembangan.
syarikat yang berjaya aplikasikan blockchain
Ia adalah suatu inisiatif baik yang dilihat apabila kebanyakan pihak kerajaan sudah mula menubuhkan beberapa rangka kerja yang melibatkan teknologi ini.
Kebanyakan syarikat inovatif baharu, startups sudah mula mencipta teknologi canggih ini yang dianggarkan akan bernilai $10 bilion kelak. Ia dijangka akan bertindak sebagai teknologi asas pada masa akan datang.
Langkah untuk memanfaatkan potensi teknologi baru ini mula muncul melalui rangka kerja dasar yang dibawa beberapa negara luar lain yang sudah mula membuat beberapa lompatan besar dalam dunia blockchain. Dan ianya dijangka bahawa teknologi ini akan mampu meningkatkan nilai tambah bagi mana-mana perniagaan termasuklah sijil pengurusan digital, pembayaran cukai, rekod kesihatan, rekod pendaftaran kenderaan dan sebagainya.
Teknologi blockchain akan mampu menyimpan data secara terdesentralisasi dan tidak dapat diubah sewenangnya jika tidak mempunyai kunci atau akses yang sudah dikhaskan. Justeru, nilai kepercayaan dan akauntabiliti sesuatu data atau maklumat akan dapat dikukuhkan.
Namun begitu, cabaran disebaliknya tidak boleh diabaikan apatah lagi apabila prestasi teknologi blockchain ini sudah mula menjadi perhatian utama. Walaupun pelbagai usaha akan dilakukan dalam membangunkan pelbagai produk baru namun, kawalan keselamatan masih kekal menjadi cabaran utama. Perkara yang mungkin menjadi kebimbangan utama adalah skabiliti disebabkan oleh kadar transaksi yang berbeza-beza dengan bergantung kepada pelbagai faktor yang perlu dititik beratkan.
Selain itu, seperti negara-negara besar yang lain, perkara yang mungkin turut menjadi perhatian adalah kebolehoperasian teknologi ini yang masih di peringkat awal dan masih perlu diserapkan dalam pelbagai bidang utama.
Jadi, jelaslah bahawa teknologi blockchain mempunyai peluang yang besar untuk menjadi suatu langkah inovasi yang baik buat masa depan. Untuk mengetahui cara, langkah serta kelebihannya yang lebih jelas dan terperinci, anda boleh terus melayari laman sesawang kami di laburmedia.com.Â
Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.