Nak tahu tentang beberapa saranan polisi yang dapat membangkitkan kelancaran penggunaan blockchain?
Ha, teruskan pembacaan bersama kami di laburmedia.com.
Buat masa sekarang, teknologi blockchain ini sudah mula mengambil perhatian beberapa kuasa besar, pihak-pihak kerajaan termasuklah para pelabur dari China. Mereka beranggapan bahawa teknologi ini akan dapat mencipta suatu industri baru yang lebih besar dan mampu mempengaruhi perkembangan sosial, ekonomi dan kehidupan seharian.
Namun begitu, setiap perkembangan ini perlu melalui beberapa langkah yang mungkin dapat mengukuhkan dan membantu perkembangannya. Antara 5 langkah yang perlu dilalui oleh apa juga jenis teknologi adalah peringkat awal, tempoh perkembangan spekulasi hangat, tempoh kekecewaan, tempoh perkembangan rata serta tempoh industri sebenar ke arah yang lebih matang.
Antara yang sudah melalui tempoh-tempoh ini termasuklah big data, virtual reality dan cloud computing. Jadi, teknologi blockchain ini juga tidak mempunyai pengecualian.
Justeru dalam proses untuk melepasi semua tempoh ini, pelbagai jenis penyelidikan dan pengoptimuman perlu ditingkatkan dan dijalankan sebaiknya.Â
1. Perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi asas blockchain
4 faedah blockchain kepada rantaian bekalan
Ramai yang mungkin tidak menyedari tentang isu ini namun sebenarnya, di sebalik perkembangan industri yang pesat, terdapat masalah yang berkaitan pelaburan. Ianya berikutan jumlah pelaburan yang kini disediakan adalah tidak mencukupi bagi langkah penyelidikan dan perkembangan blockchain.
Jadi untuk menyelesaikan isu ini, pembangunan teknologi blockchain dan aplikasi berskala besar seperti prestasi dan keselamatan serta inovasi asas teknologi blockchain perlu diutamakan. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan dalam seni bina, algoritma konsensus, mekanisme pengesahan, protokol komunikasi (rantaian silang), dan perkakasan proprietari harus ditingkatkan.
2. Memperkukuh bakat melalui latihan
Kontrak pintar ialah salah satu program komputer yang dijalankan menggunakan teknologi blockchain yang dapat menentukan jenis konsensus yang boleh dicapai. Dijangka pada masa hadapan, segala aplikasi sudah mula menggunakan blockchain untuk menulis dan menjalankan kontrak pintar.
Namun penulisan serta penggunaannya akan memerlukan bakat yang besar yang melibatkan kemahiran dalam sistem komputer dan teknologi, undang-undang dan peraturan serta pelbagai bidang professional lain. Justeru, penyediaan latihan yang melibatkan beberapa bidang ini perlulah disediakan.
3. Membangunkan model peraturan yang inovatif
kebaikan blockchain yang tak ramai orang tahu
Sistem perundangan perlulah dikuatkuasakan yang membabitkan penggunaan blockchain serta penglibatannya. Ia dapat bertindak sebagai rujukan atau pembimbing dalam membimbing adan menyeragamkan aplikasi blockchain antara satu sama lain.
Jadi, ini dapat memudahkan sistem pengawalseliaan aplikasi blockchain. Pelaburan bagi tujuan kajian dan pembangunan alat teknologi maklumat seperti pemantauan, analisis, diskriminasi, dan amaran awal untuk platform dan aplikasi blockchain, dapat diperkenalkan.
Justeru, ia dapat mengurangkan segala masalah yang berkaitan kepada isu penipuan atau kerugian dalam menggunakan teknologi ini.
Secara umumnya, polisi yang telah disediakan ini akan dapat membantu meningkatkan keyakinan umum untuk mula beralih kepada teknologi blockchain. Jika sebelum ini ramai yang masih ragu-ragu tentang keselamatan dan keberkesanannya, polisi yang disediakan ini mungkin akan dapat membantu mengatasi isu ini.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.