Sebesar apakah perubahan dunia yang bakal ditempuh melalui teknologi blockchain?
Adakah ia sekadar kata-kata yang berunsurkan dusta?
Atau sebenarnya masa depan dunia yang dituju sejak dari dulu?
Tiada siapa yang tahu.
Namun begitu, apa yang pasti kini adalah kemajuan teknologi blockchain yang dikatakan terlalu cepat beralih daripada tidak dikenali dan semakin dikenali dunia ini, bakal merevolusikan ekonomi dunia kelak.
Dan ini membawa maksud bahawa penglibatannya perlu diambil perhatian oleh semua individu yang terlibat dalam dunia perniagaan. Jika tidak, sudah pasti anda ketinggalan. Namun begitu, masih terdapat kekurangan pemahaman serta keperluan tentang apa yang perlu dilakukannya.
Kita sudah terbiasa berkongsi pelbagai maklumat melalui platform dalam talian yang terdesentralisasi iaitu internet. Namun, bila sahaja berkait dengan isu kewangan, pasti sahaja kita semua tertumpu kepada sistem berpusat seperti perbankan yang mana ia dikatakan lebih selamat dan terjamin.
Tapi tahukah anda, kewujudan ‘orang tengah’ ini sebenarnya mewujudkan kos yang tinggi bagi setiap pengguna? Tidak dilupakan tentang sistem transaksi yang perlu dilalui juga akan menjadi amat rumit. Jadi daripada permasalahan ini, wujudlah kini teknologi blockchain yang mungkin dapat membantu.
Teknologi blockchain akan menawarkan solusi yang dapat menghapuskan “orang tengah” ini. Ia melakukan ini dengan menjalankan tiga peranan penting iaitu merekod urus niaga, mewujudkan identiti serta mewujudkan kontrak atas talian.
Pakar dunia beranggapan bahawa teknologi yang menggunakan kriptografi tertentu ini dapat memberi kemudahan kepada kerjasama dan penjejakan semua jenis transaksi dan interaksi. Jadi, peralihan mata wang kripto sebagai contoh, mungkin akan lebih memudahkan bagi negara membangun daripada proses wang fiat dan juga kad kredit.
4 cara blockchain mampu berkembang
Sistem rekod yang dapat digunakan juga mungkin dapat membantu kepada peningkatan kepercayaan tentang susur alur keperibadian ataupun kebajikan yang dilakukan seseorang individu terutamanya para pemimpin yang perlu diundi. Ironinya, teknologi blockchain dapat membantu kes penipuan yang terjadi ketika proses pengundian seseorang pemimpin.
Penggunaan blockchain juga akan dapat membantu semua permasalahan pada rantaian bekalan. Hal ini kerana dengan menggunakan blockchain, setiap syarikat akan dapat menjejaki sepenuhnya susur alur serta keadaan produk. Setiap perubahan yang terjadi kepada produk sama ada ianya ditukar atau diusik, akan ditolak oleh sistem yang dibangunkan ini. Justeru, ia adalah cara yang terbaik kepada mana-mana syarikat untuk menjamin keaslian produk yang dijual serta memastikan pengguna memperoleh produk tulen yang telah dibeli.
Selain itu, masalah kepada kepada sistem kesihatan negara sering juga terjadi terutamanya jika terdapat bencana besar untuk sesuatu tempoh. Menyimpan rekod perubatan selama bertahun-tahun juga akan menjadi sukar.
Namun, blockchain dapat membantu permasalahan ini dengan memegang rekod perubatan secara terpencar, yang hanya boleh diakses oleh pihak berkuasa pesakit. Ia akan membolehkan pegawai kesihatan untuk memahami kes-kes pesakit dengan lebih baik berdasarkan rekod latar belakang yang mudah diakses dan memastikan rawatan dapat diberikan secepat mungkin.
Kesimpulannya, blockchain akan membawa makna baharu kepada kehidupan masyarakat disebabkan oleh perubahan nilai daripada pandemik yang terjadi baru-baru ini. Pendapat yang dikatakan ia akan muncul sebagai kuasa yang mengganggu merentasi pelbagai industri mungkin juga benar.
Namun begitu, walaupun jangkaan tentang kemungkinan suatu penamat kepada bank pusat dan tanggungjawab mereka seperti yang kita ketahui hari ini semakin tinggi tetapi, ia mungkin satu langkah yang terlalu jauh buat masa ini.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.