Adakah anda tahu dan fahami latar belakang blockchain yang teliti?
Setiap kali bercakap tentang blockchain yang berkait rapat dengan Web 3.0 dan Teknologi Lejar Terdesentralisasi (DLT), pasti anda pernah dengar tentang pernah mendengar orang bercakap tentang lapisan blockchain yang berbeza.
Tetapi apakah sebenarnya dan mengapa ianya sangat penting?
Teknologi blockchain ini menawarkan faedah seperti ketelusan dan keselamatan yang tidak boleh dilanggar kerana kecekapannya yang tinggi. Ia juga mampu meminimumkan kos operasi serta menghapuskan sebarang perantara yang terlibat dalam sesuatu proses transaksi.
Hakikatnya, teknologi blockchain adalah suatu gabungan tersendiri sesuatu teknologi seperti kriptografi, teori permainan, dan sebagainya. Ia mempunyai spektrum kes penggunaan yang luas, termasuk aliran fintech semasa seperti mata wang kripto.
blockchain teknologi tak matang?
Untuk anda yang masih baru dalam dunia kriptografi dan teori permainan, ingin dijelaskan di sini bahawa kriptografi hanyalah suatu bentuk penyulitan dan penyahsulitan data, manakala teori permainan pula adalah suatu bentuk kajian model yang mempunyai interaksi strategik dalam kalangan pencipta keputusan yang rasional.
Sistem Lapisan Blockchain
Setiap urus niaga yang dilakukan melalui teknologi blockchain perlu melalui suatu sistem yang selamat dengan corak yang diedarkan memandangkan ianya tidak mempunyai suatu pusat tunggal. Teknologi lejar teragih (DLT) ini perlu mengikut protokol yang telah ditetapkan walaupun dengan penggunaan berbilang komputer atau nod di seluruh rangkaian.
Setiap perubahan yang terjadi pada transaksi seperti nod yang menambah, memeriksa dan mengubahnya perlu melalui sistem pengesahan yang dibenarkan. Jadi, teknologi blockchain mula tampil dengan penciptaan reka bentuk yang berlapis.
Menurut kajian, terdapat lima lapisan pada teknologi blockchain:
1. Infrastruktur atau lapisan perkakasan
Platform blockchain bergantung kepada P2P, iaitu seni bina rangkaian peer-to-peer, yang membenarkan satu nod bersambung dengan yang lainnya bagi tujuan berkongsi data dengan mudah. Seni bina ini ialah struktur yang membenarkan sesuatu pertukaran data. Nod akan berkomunikasi dengan suatu peranti lain dengan diberi kuasa untuk memantau data transaksi secara rawak.
2. Lapisan data
Blockchain ialah satu siri blok yang akan membawa sesebuah rekod transaksi. Blok pertama blockchain ialah blok Genesis dan berkembang dengan setiap proses penambahan blok yang berulang. Setiap transaksi yang akan terjadi dalam teknologi ini akan ‘ditandatangani secara digital’ menggunakan kunci peribadi dompet digital. Untuk pengetahuan anda, kunci ini hanya dapat diakses oleh si pengirim dan ini dapat menjamin bahawa data tersebut tidak akan boleh dilihat atau diubah suai individu lain. Penyulitan data yang dikawal menjadikannya tidak boleh diakses dan diganggu.
3. Lapisan rangkaian
Melalui lapisan ini, ia membenarkan pengurusan pengesanan nod, penjanaan blok serta penambahan blok.
4. Lapisan consensus
Lapisan ini merupakan salah satu lapisan terpenting dalam fungsi blockchain, yang mana ia bertanggungjawab dalam pengesahan transaksi. Kegagalan sistem mungkin akan terjadi dengan ketiadaannya. Lapisan ini akan melaksanakan protokol, yang memerlukan beberapa bilangan nod tertentu untuk mengesahkan satu transaksi.
5. Lapisan aplikasi
Lapisan aplikasi terdiri daripada program yang dimanfaatkan seperti kontrak pintar, Dapps (aplikasi terdesentralisasi), kod rantai, skrip, UI (antara muka pengguna), API (antara muka pengaturcaraan aplikasi) dan sebagainya.
Kesimpulannya, blockchain pada masa ini sangat canggih namun, ia akan mengambil masa yang agak lama dalam menyelesaikan pembangunannya secara lengkap dan teliti. Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu tentang kelajuan perkembangan dunia ini dalam era digital. Ia boleh jadi cepat dan lambat bergantung kepada situasi yang ditempuh dunia. Jadi, tiada salahnya, jika anda ingin mula mengenali dunia blockchain ini pada hari ini.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.