Kenali 7 jenis pemasaran digital yang boleh mula diceburi.
Dalam dunia digital hari ini, pemasaran digital adalah penting. Tidak kira sektor industri yang diceburi atau saiz syarikat anda, ia adalah salah satu cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda. Walau bagaimanapun, untuk membina syarikat dan hasil anda, anda memerlukan strategi pemasaran digital terbaik di pihak anda. Namun, strategi manakah yang terbaik untuk syarikat anda dan masih relevan kepada pengguna hari ini?
Strategi pemasaran digital adalah penting seperti yang telah dkongsi dan diceritakan dalam artikel sebelum ini. Tanpa strategi pemasaran digital ini, perniagaan anda mungkin tidak mempunyai pandangan untuk mencapai matlamat atau objektif dan hasil yang telah dirancang.
Antara contoh strategi pemasaran digital termasuklah kempen media sosial yang merangkumi perkongsian individu berpengaruh serta strategi pemasaran yang menggunakan panduan dalam talian. Jadi jika anda ingin mengetahui 7 jenis pemasaran digital yang boleh anda ceburi, teruskan pembacaan bersama kami di laburmedia.com.
1. Pakar SEO/SEM
SEO dan SEM adalah penting untuk kempen pemasaran digital yang kukuh. Sebahagian SEO dan SEM menjadi sukar untuk dikhususkan kerana algoritma enjin carian yang tidak kukuh jadi, kebanyakan perniagaan memerlukan orang yang pakar dalam bidang ini untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam hasil enjin carian. Hal ini kerana, keuntungan yang baik akan diperoleh dari jumlah trafik yang baik melalui strategi SEO/SEM yang kukuh dan harmoni.
2. Pakar Pemasaran E-mel
Ia adalah salah satu contoh yang terlibat dalam bidang content marketing. Orang yang bertanggungjawab dalam pemasaran e-mel adalah pemasar yang cekap dengan pengalaman penulisan dan penyuntingan yang baik.
3. Penganalisis & Pakar Kecerdasan Buatan (AI).
Perkembangan pasaran AI semakin pantas kerana ia menawarkan syarikat cara yang baik dalam meningkatkan operasi perniagaan serta pengalaman pelanggan. Menjadi pakar dalam bidang ini akan memberi anda peluang kerjaya yang hebat sekaligus menawarkan pemahaman yang kukuh tentang pengoptimuman data serta pembelajaran mesin dalam meningkatkan aktiviti pemasaran yang baik.
4. Pencipta dan Editor Virtual Reality
Jika anda ingin tahu, permintaan bagi kerjaya ini semakin meningkat terutamanya sejak pandemik Covid-19. Kebanyakan individu yang memasuki bidang ini biasanya datang daripada latar belakang yang berunsurkan reka bentuk atau pengaturcaraan kerana mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk peranan ini. Industri seperti pembinaan, peruncitan dan pendidikan kini menggunakan teknik VR untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan. Sebagai contoh, ia mampu mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik untuk jenama.
5. Pengurus Content & Pakar Strategi
Pengurusan content adalah peranan yang sangat penting untuk mana-mana agensi atau pasukan pemasaran digital kerana ia menyentuh hampir kesemua peringkat pemasaran dan merangkumi lebih daripada sekadar menulis dan aktiviti media sosial. Kerjaya ini perlu bertanggungjawab ke atas strategi media sosial, mengurus pasukan penulis, membentuk kalendar editorial yang berkesan, mencipta video yang menarik, melaporkan dan menyusun strategi menggunakan analitik, dan pelbagai aktiviti berkaitan.
6. Penganalisis Data
Dengan peningkatan kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT), perniagaan kini dapat mengumpul sejumlah besar data dan maklumat untuk dikategorikan dan dianalisis. Penganalisis data dapat mencipta sistem yang baik untuk mengatur dan memeriksa data ini supaya syarikat boleh mentafsirkannya melalui kempen pemasaran digital.
7. UX Designer
UX Designer bukan sahaja mempunyai latar belakang yang jitu dalam teknologi dan reka bentuk tetapi juga mempunyai pemahaman yang kukuh tentang tingkah laku manusia. Mereka bertanggungjawab untuk membangunkan laman web, produk dan apl dengan cara yang kreatif serta menggalakkan pengguna agar tertarik membuat pembelian.
Ringkasnya, bidang pemasaran digital sangat meluas dan terdapat pelbagai peluang kerjaya yang ditawarkan. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemasaran digital serta kerjaya yang ditawarkannya?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pemasaran digital dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia pemasaran digital dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.