5 strategi web 3.0 yang boleh anda ikuti ini boleh dikatakan sangat berbaloi untuk dicuba.
Pada waktu kini, sudah terlalu jelas bahawa kita akan memasuki dunia Web 3.0, di mana teknologi blockchain akan mencipta ekonomi digital melalui medium metaverse. Seperti mana-mana transformasi besar yang mempengaruhi pelbagai industri, situasi ini mungkin kelihatan membimbangkan, tetapi tidak jika kita mempunyai strategi mudah.
Berikut adalah 5 komponen strategik utama untuk mana-mana perniagaan yang ingin melangkah ke web 3.0:
1. Cipta kandungan yang menarik
Dalam metaverse, kandungan yang dikongsi adalah sangat penting. Kandungan atau content ini boleh terdiri daripada produk dan perkhidmatan sedia ada yang telah didigitalkan. Daripada maklumat tulen, perniagaan akan menjual aset dan pengalaman mereka. Ruang maya yang tersedia ini akan membantu peniaga untuk menguji produk, yang akan menjadi ‘content‘ baharu yang penting dan boleh dimiliki individu, jenama atau mana-mana entiti dalam Web 3.0.
2. Cipta kandungan itu melalui NFT
Unit data tidak boleh ditukar ganti dalam membuktikan sistem pemilikan. Jadi, perniagaan yang terlibat dengan penciptaan NFT akan membina hasil yang baik dengan menawarkan dan memperoleh NFT.
kebangkitan blockchain membawa kepada web 3.0
3. Komersialkan melalui kontrak pintar
NFT yang telah dicipta kemudiannya boleh diaplikasikan melalui kontrak pintar. Kontrak pintar ialah suatu mekanisme yang dapat mengesahkan NFT dan pemilikan berkaitan aset, pengalaman, persekitaran atau harta maya yang lain serta membantunya memindahkan pembelian yang telah dibuat. Kontrak ini akan menjadi semakin penting apabila perniagaan memindahkan harta dan aset mereka kepada metaverse.
4. Gunakan kontrak pintar melalui metaverse
Sebaik sahaja perniagaan beroperasi dalam dunia metaverse, mereka akan memerlukan mekanisme untuk menguruskan kontrak pintar, jualan serta pembelian yang selamat.
5. Fahami pengalaman Web 3.0 dengan bantuan AI
Kita perlu mengkaji pengalaman dan memanfaatkan data yang lebih selamat, terjamin dan mampan terutamanya apabila metaverse berkembang kelak. Dalam mengusahakan langkah ini, kecerdasan buatan (artificial intelegence) akan membantu sebagai salah satu alat yang paling penting untuk melakukan ini dengan pengawasan dan tadbir urus yang betul.
Ringkasnya, dunia web 3.0 sudah hampir tetapi ia masih dalam proses untuk berkembang dengan lebih besar dan pesat agar dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna. Kejayaan individu yang telah menceburi dunia ini memberi semangat yang unik bagi individu lain untuk bersama-sama berkembang bersama perubahan dunia yang lebih maju ini.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemasaran digital?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pemasaran digital dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia pemasaran digital dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.