Bila kita sebut tentang pembiayaan perniagaan, mesti dah terbayang dengan nak kena prepare jumlah dokumen yang bertimbun-timbun banyaknya. Lepas tu kena dapatkan pengesahan company secretary lagi kalau syarikat sdn bhd dan macam-macam lagi laa nak kena isi untuk pastikan permohonan tu lengkap. Yang paling geram adalah nak tau result permohonan kita tu lama sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan kena tunggu baru boleh dapat tau lulus atau tidak permohonan pembiayaan perniagaan kita.
Tapi, Maybank telah memperkenalkan satu program permohonan pembiayaan secara atas talian sahaja dan yang lebih menariknya adalah keputusan permohonan kita ini boleh diketahui dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dalam 10 minit sahaja !
Pembiayaan Digital PKS Maybank ini memang diwujudkan khas untuk bantu usahawan dapatkan tunai tambahan segrea untuk perniagaan dan yang paling penting boleh dapatkan keputusan pembiayaan itu lebih pantas melalui permohonan secara atas talian.
Antara keistimewaan utama permohonan ini adalah :
- Ketahui status permohonan sepantas 10 minit*
- Tiada dokumen diperlukan*
- Pengeluaran pembiayaan sepantas 1 minit**
- Cagaran tidak diperlukan
- Setiap masa tersedia dalam talian 24/7
- Perlindungan Insuran/Takaful untuk melindungi pembiayaan anda***
*Hanya untuk pelanggan sedia ada Maybank dengan rekod yang lengkap. Jika anda pelanggan baru Maybank, kami akan menilai permohonan anda terlebih dahulu dan akan memberikan keputusan permohonan dalam masa 2 hari bekerja.
**Hanya untuk pemegang akaun perniagaan pemilikan tunggal & perkongsian Maybank, bagi pengeluaran sehingga RM100k (dibawah pinjaman konvensional).
*** Pilihan untuk melanggan Perlindungan Peribadi Berkurangan Insuran (PRTA) atau Perlindungan Peribadi Berkurangan Takaful (PRTT) ditawarkan oleh ETIQA dan nikmati kadar pembiayaan yang rendah. Minima seorang pihak dilindungi dengan perlindungan 50%.
KELAYAKAN
Terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan pelanggan baru Maybank yang merupakan Syarikat Pemilikan Tunggal, Perkongsian, atau Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Syarikat perlulah sah berdaftar dan dimiliki oleh warganegara Malaysia, serta mempunyai:
- Hasil Jualan Tahunan kurang daripada RM25 juta
- Pinjaman/pembiayaan sedia ada dengan Maybank kurang daripada RM5 juta; dan
- Beroperasi lebih daripada 1 tahun
KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
- Pinjaman Berjangka atau Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i (PBKM-i)
- Jumlah pembiayaan diantara RM3,000 sehingga RM250,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun