Dalam mana-mana organisasi, sumber manusia merupakan aset terpenting yang menjana kejayaan perniagaan. Bagi memastikan pasukan anda terus kompeten dan berprestasi tinggi, satu elemen kritikal tidak boleh dipandang remeh – kepimpinan berkesan.
Berikut adalah 5 tips khusus untuk para pemimpin yang ingin membina pasukan cemerlang di tempat kerja:
- Perkukuh Visi & Misi Bersama – Komunikasikan matlamat organisasi dengan jelas kepada pasukan. Galakkan sesi perkongsian idea secara berkala tentang misi dan visi syarikat. Ini dapat mewujudkan rasa “self belonging” dalam kalangan pekerja.
- Wujudkan Budaya Terbuka – Pemimpin hebat sentiasa mendengar dengan teliti idea dan pandangan ahli pasukan tanpa prejudis. Galakkan komunikasi dua hala yang jujur dan telus antara semua peringkat pekerja.
- Hargai Setiap Sumbangan Individu – Setiap idea, cadangan dan usaha oleh pekerja, besar atau kecil, patut dihargai sewajarnya. Ini bukan sahaja meningkatkan rasa dihargai, malah memupuk budaya inovatif dalam kalangan warga kerja.
- Adakan Aktiviti Luar Pejabat – Aktiviti kembara, riadah atau kursus jangka pendek secara berkumpulan dapat mengeratkan silatuturahim dan semangat kekitaan dalam pasukan anda.
- Amalkan Kepimpinan Teladan – Seorang ketua yang sanggup turun padang bersama barisan hadapan akan lebih dihormati. Gunakan kuasa sebagai pemimpin untuk memberi inspirasi kepada orang bawahan, bukannya menakut-nakutkan mereka.
Demikian 5 perkara mudah yang boleh dilaksanakan pemimpin cemerlang bagi membina pasukan jitu dalam organisasi masing-masing. Perkara membina pasukan ini kadangkala akan mengambil masa, cuma apa yang perlu adalah proses untuk kita sentiasa mengulangi aktiviti-aktiviti penting di atas dan lihat bagaimana kesan atau impak terhadap pekerja ataupun pasukan kita kelak.