Sudah pasti berita yang paling kecoh dalam dunia crypto minggu ini adalah bagaimana scammer berjaya mengumpul 3.3 juta USD atau lebih kurang RM14 juta dalam matawang terbaru Squid Game Cryptocurrency
Sebenarnya dah banyak ‘red flag’ yang diutarakan tetapi masih lagi scammer berjaya untuk menipu sejumlah wang yang agak besar. Kami di labur media akan mengupas red flag agar benda seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang atau anda tidak terjebak dengan penipuan pelaburan yang merepek ini
1. Website yang baru 3 minggu
Matawang ini baru saja dilancarkan dalam seminggu yang lepas, pada hari ini website yang hanya baru dibuat 3 minggu yang lepas dengan kesalahan tatabahasa dan ejaan jelas sepatutnya memberi gambaran yang matawang ini adalah scam. Website ini sudah dipadamkan tetapi anda masih boleh melihat archive di pautan ini – https://archive.md/nF8hP
2. Account twitter yang samar
Sehingga sekarang account twitter masih wujud tetapi sudah tiada sebarang update sejak 29 oktober yang lepas. Account ini hanya memaparkan update market cap yang kian bertambah dan jelas ia hanyala ‘pancing’ untuk pelabur membeli matawang trending ini
3. Telegram yang tak boleh berkomunikasi
Account telegram mereka juga dibuat untuk ‘seeding’ infomasi bagi potensi pelabur. Anda tidak boleh tanya atau nak ulas apa apa isu di dalamnya, ia jelas hanya medium seeding menipu potensi pelabur newbie yang termakan dengan janji manis yang mana matawang ini akan keep naik
RED FLAG PALING KETARA
Paling ketara kenapa Squid Game Cryptocurrency ini adalah scam ialah anda hanya boleh membeli tapi tak boleh menjual matawang ini! Sah ia adalah scam. Walaupun jelas scam, tapi ia masih mampu menarik pelaburan sehingga 3.3 juta USD dan berita kenaikan ini banyak ditulis di web web ternama seperti Yahoo, Business insider dan fortune
Jadilah pelabur crypto yang bijak
Nasihat kami jika anda masih baru dalam dunia pelaburan crypto ini, carilah coin yang tiada ‘red flag’ dan juga lebih stabil agar duit yang anda laburkan itu tidak hangus. Untuk membuat matawang crypto tidak susah jika anda ada kepakaran dan kepakaran ini anda boleh belajar secara bersilibus di diplomablockchain.com
Cumanya bila dah pandai dalam ilmu blockchain ini, jangan salahkan ilmu yang dipelajari itu pula!
1 thought on “RM 14 juta melayang kerana Squid Game Cryptocurrency”