Semakin ramai yang percaya tentang mata wang kripto yang mula mencipta pengaruh, semakin ramai juga yang memejamkan mata menolak sementah-mentahnya tanpa tahu keunikan mata wang kripto ini sendiri. Mungkin kerana tiada bukti kukuh tentang sahihnya mata wang kripto? Atau mungkin tiada langkah baru yang dapat meyakinkan mereka? Di sini, rangkaian Mastercard cuba membuktikan keunikan mata wang kripto ini.
2 sebab kenapa kripto jadi pilihan masa depan
Selain bertindak sebagai pelaburan dan alat kewangan yang unik, mata wang kripto juga merupakan satu disruptive technology di mana ia adalah satu inovasi yang mengubah perniagaan, industri serta bantu menciptakan pasaran baru dunia. Kini muncul lah aplikasi dunia sebenar di luar spekulatif bila mana minat dan perhatian mula meningkat dari pelbagai pihak di serata dunia. Â
Baru baru ini, rangkaian kad pembayaran Mastercard telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan mata wang kripto iaitu Amber Group, Bitkub serta CoinJar untuk melancarkan kad pembayaran Mastercard di rantau Asia Pasifik (APAC). Syarikat-syarikat ini merupakan platform mata wang kripto berasaskan APAC yang pertama menyertai Mastercard’s global Crypto Card Program yang membolehkan kita sebagai pemegang kad menukar mata wang kripto kepada mata wang fiat.
Kuasa besar Thailand mula memasuki dunia kripto
Usaha ini juga dapat memudahkan pengguna untuk berbelanja secara dalam dan luar talian di seluruh negara yang menerima Mastercard. Harapan besar bagi mereka untuk membantu pelanggan, usahawan serta apa-apa jenis perniagaan untuk memindahkan nilai digital kepada tradisional atau kripto mengikut kemahuan.
Walau bagaimanapun, tidak semua jenis mata wang kripto akan disertakan dalam rangkaian ini memandangkan banyak daripada ratusan aset digital, masih perlu mengukuhkan serta mengetatkan langkah pematuhan mereka untuk memenuhi keperluan usaha ini.
Pengumuman yang disuarakan pada Februari tahun 2021 ini telah mendapat perhatian dari segenap dunia yang menganggap usaha ini merupakan suatu langkah yang bijak bagi pasaran baru. 45% daripada negara APAC yang telah dirisik untuk sertai usaha ini menyatakan pertimbangan mereka untuk menggunakan mata wang kripto pada tahun hadapan. Jadi, ini merupakan antara langkah dunia bagi memperluaskan penggunaan mata wang kripto.Anda nak tahu lebih lanjut mengenai isu kewangan semasa? Layari www.laburmedia.com
2 thoughts on “LANGKAH BARU MASTERCARD MEMPERLUASKAN MATA WANG KRIPTO”