Adakah teknologi blockchain selamat untuk digunakan?
Mari kita kupas isu ini dengan lebih lanjut.
Sebenarnya, terdapat beberapa syarikat start-ups sudah cuba melakukan projek yang berasaskan teknologi blockchain ini. Memang benar bahawa pelbagai jenis aplikasi berpotensi dihasilkan daripada teknologi blockchain ini namun, tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan berkaitan identiti yang tidak diketahui akan menimbulkan persoalan penting tentang privasi dan keselamatan data yang disimpan.
Walaupun kebanyakan teknologi lain juga tidak menjamin tahap keselamatan yang tinggi namun, sistem penyulitan yang terpencar menggunakan teknologi blockchain ini masih tiada yang mampu memecahkan dan menyerangnya. Identiti yang dicipta dalam blockchain adalah unik dan akan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi.
Ia juga dapat membantu menangani ketidakcekapan dalam pengantaraan konvensional suatu rangkaian pembayaran. Selain itu, terdapat beberapa pendapat serta hujah yang kuat dalam mengaplikasikan aktiviti blockchain yang bakal memberi kesan kepada perniagaan dan pengguna. Kelajuan blockchain dalam melaksanakan transaksi peer-to-peer pada kos agregat yang tinggi adalah kelebihan besarnya berbanding teknologi lain. Hal ini bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keputusan untuk melaksanakan blockchain perlu difikirkan dengan teliti.
blockchain sebagai blockbuster terkini
Blockchain mewakili peralihan keseluruhan sistem daripada cara pengurusan tradisional kepada sesuatu perubahan ketara yang membawa kepada perkembangan teknologi digital. Ia terletak di bawah kepercayaan dan kuasa dalam sistem rangkaian terdesentralisasi. Namun begitu, kehilangan kawalan ke atasnya akan meresahkan pelbagai pihak.
Walaupun blockchain merupakan solusi kepada salah satu sistem transaksi yang paling selamat yang tersedia, namun sayangnya, penggodam kini telah menjadi lebih mahir dalam mengeksploitasi kelemahan blockchain serta peranti elektronik yang digunakan.
Antara 4 kelemahan utama yang digunakan penggodam untuk menembusi sistem blockchain adalah:
1. Kunci peribadi.
Pengguna yang dibenarkan mengakses blockchain dengan “kunci” peribadi yang dilindungi dengan kata laluan ada di antaranya mungkin tidak selamat.
2. Kontrak pintar.
Kontrak pintar akan membantu mengautomasikan banyak tugas blockchain, tetapi ia selamat digunakan seperti kod yang ditulis untuk melindunginya. Jika kod itu mudah digodam, penjenayah siber boleh menyusup ke blok blok melalui kontrak pintar dan mencuri atau mengalihkan pelbagai matlumat sulit.
3. Malware
Penggodam boleh melampirkan sesuatu malware pada transaksi blockchain yang dibuat oleh pengguna yang dibenarkan. Ianya kemudiannya akan menjangkiti sistem blockchain lain dan boleh memantau transaksi data atau mencuri maklumat.
Kelebihan sistem blockchain yang membantu merekodkan setiap tindakan dalam transaksi serta pangkalan data yang tidak mempunyai titik berpusat akan mengelakannya daripada digodam.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.