Adakah anda tahu tentang bagaimana cara blockchain tingkatkan aset syarikat?
Blockchain mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada setiap lapisan operasi pengurusan aset dengan memudahkan industri dengan ketara, sekali gus mempengaruhi aliran produktiviti dan keuntungan yang baik buat industri secara keseluruhan.
Platform ini mewujudkan cara terbaru yang dapat mengagihkan dana, pengurusan portfolio serta membenarkan kaedah pembayaran secara digital.
Teknologi blockchain ini juga mampu menarik pelabur baharu dengan jumlah modal yang lebih rendah serta menjamin ciri aset yang tidak cair. Kawalan terhadap sistem kewangan juga mempunyai potensi untuk diterbitkan pada blockchain, yang dapat mengurangkan kos, menyelaraskan proses penyelesaian, mengurangkan permasalahan antara institusi kewangan dan, membenarkan aset menjadi automatik sepenuhnya.
Jika anda ingin tahu, kemunculan mata wang digital baru-baru ini adalah sebahagian daripada proses peralihan daripada penggunaan pusat bank kepada platform digital menggunakan teknologi blockchain. Kemunculannya mempercepatkan lagi aliran ini ke arah sistem lebih terdesentralisasi.
Walaupun teknologi blockchain ini masih belum menjadi keutamaan namun potensinya untuk berkembang seiring pembaharuan industri akan banyak membantu memudahkan urusan dengan margin yang lebih rendah.
Beberapa jenis proses transaksi berdasarkan blockchain telah mula diusahakan dan ianya merupakan sebahagian daripada perjalanan inovasi bagi menemui teknik serta pasaran baharu yang dapat memberi impak kepada negara.
blockchain sebagai blockbuster terkini
Namun, di sebalik pelbagai jenis langkah ini, terdapat beberapa isu yang berkemungkinan akan menimbulkan keraguan bagi pengguna untuk menggunakannya. Sebagai contoh, kekurangan peraturan perundangan yang dikhaskan kepada penggunaan teknologi atau sistem kewangan digital ini akan memberi peluang besar terhadap aktiviti penipuan.
Jadi, pihak yang bertanggungjawab perlulah menyediakan peraturan yang jelas yang dapat menjamin keselamatan penggunaannya. Walaupun ia dikatakan menambah kerumitan kepada ekosistem kewangan sedia ada namun, ia boleh mencetuskan perubahan mendalam yang dibawa blockchain terhadap pelbagai industri. Dunia DeFi ini akan membawa banyak inovasi serta idea baharu yang boleh memberi manfaat kepada industri negara.
Ringkasnya, blockchain dianggap sebagai salah satu teknologi yang dapat menjanjikan kesan yang baik terhadap ekonomi dunia. Walaupun terdapat beberapa perkara yang akan mengganggu beberapa sektor industry namun begitu, usaha dan langkah penceganah yang telah dirancang akan dapat menyokong keselamatan penggunaanya.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.