Apa definisi pemasaran digital?
Sebarang pemasaran yang menggunakan peranti elektronik dan boleh digunakan oleh pakar pemasaran dalam menyampaikan promosi adalah suatu bentuk pemasaran digital.
Adakah anda percaya jika kami memaklumkan bahawa bilangan pengguna internet pada hari ini semakin meningkat dari hari ke hari?
Pemasaran yang baik adalah yang mampu membenarkan anda berhubung dengan umum termasuklah keluarga dan rakan rakan di tempat yang betul dan pada masa yang sesuai atau paling banyak dihabiskan. Ia bermakna bahawa pada hari ini, anda boleh bertemu dengan individu lain dengan cara lebih banyak meluangkan masa seperti di internet dan itulah yang dimaksudkan dengan pemasaran digital.
Ia juga dipanggil sebagai pemasaran dalam talian yang merujuk kepada semua usaha pemasaran yang berlaku pada laman internet. Antara platform yang memanfaatkan saluran digital adalah seperti enjin carian, media sosial, e-mel dan tapak web lain untuk berhubung dengan pelanggan semasa dan bakal pelanggan. Ini juga termasuklah komunikasi melalui teks atau mesej multimedia.
Antara definisi lain adalah ia biasanya merujuk kepada kempen pemasaran yang muncul pada komputer, telefon, tablet atau peranti lain. Sebagai contoh, anda boleh mengambil pelbagai bentuk isi kandungan atau content, termasuklah video dalam talian, iklan paparan, pemasaran enjin carian, iklan sosial berbayar dan siaran media sosial.
Namun begitu, pemasaran digital ini sering sahaja dibandingkan dengan “pemasaran tradisional” seperti iklan pada majalah, papan iklan dan emel.
Pada masa kini, pemasaran jenis ini adalah sangat penting untuk perniagaan dan kesedaran pelanggan terhadap jenama anda. Sebagai contoh, kebanyakan jenama akan mempunyai laman web mereka yang tersendiri. Atau jika tidak, mereka sekurang-kurangnya akan mempunyai salah satu akaun di laman media sosial seperti instagram, twitter dan sebagainya.
Ringkasnya, pemasaran digital adalah perkara biasa dalam kalangan pengguna kini malah setiap individu kini bergantung padanya sebagai langkah untuk maju dan berkembang. Oleh kerana pemasaran digital mempunyai begitu banyak pilihan dan strategi yang dikaitkan, maka anda boleh menjadi lebih kreatif dan dapat bereksperimen dengan pelbagai taktik pemasaran mengikut bajet yang telah anda sediakan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai digital marketing?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pemasaran digital dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.