Tahukah anda blockchain boleh memainkan peranannya dalam sektor pendidikan dan perubatan yang berkaitan dengan penyimpanan rekod dalam masa 2-3 tahun ini?
Individu kini bergantung kepada institusi dan majikan terdahulu bagi mengesahkan rekod pendidikan dan tenaga kerja sebagai bukti. Namun tak ramai yang sedar, banyak isu yang timbul yang mana ada antara institusi atau majikan mungkin tidak tersedia, rekod mungkin hilang atau musnah, atau individu mungkin dikehendaki membayar yuran. Ketidakupayaan untuk mengakses atau mengawal rekod ini boleh menghalang peluang serta menyembunyikan maklumat sebenar dalam rekod mereka.
Kebiasaannya, bukti kelayakan pendidikan disimpan pada sistem berpusat. Isu yang tercipta adalah apabila sesuatu data boleh diubah, dipadam dan dikongsi tanpa persetujuan individu yang mencipta data tersebut. Jadi, teknologi blockchain kini dapat membantu sistem agar lebih telus, berterusan, tidak berubah dan terjamin. Penggunaan teknologi Blockchain menunjukkan diploma dan ijazah digital yang dikawal pelajar pada rantaian blok akan dijalankan menggunakan transkrip digital.
Selain itu, penghasilan satu perincian yang menarik seperti seni bina pengecam terdesentralisasi di mana bukti kelayakan yang boleh disahkan digunakan dalam beberapa projek terbaharu telah direka tanpa peranan istimewa. Christopher Allen, seorang arkitek utama Blockchain Commons menyatakan kemungkinan berkenaan kelayakan kompetensi P2P daripada rakan pelajar, guru, rakan sekerja, pelanggan, kontraktor, majikan, bukan hanya dalam institusi pendidikan semata-mata.
Sebagai contoh, Allen secara peribadi dapat membuat sesuatu dakwaan mengenai rakan kongsinya seperti tahap penguasaan kecekapan rakannya dalam menerajui proses piawaian teknikal peringkat antarabangsa. Dakwaan yang tidak dapat dituntut oleh institusi pendidikan ini dapat disahkan berpandukan sejarah dan reputasi beliau yang mana ia membantu menyampaikan maklumat penting kepada majikan, pelanggan dan kolaborator pada masa depan.
2 cara syarikat elak NFT dari hilang
Tahukah anda? Selain isu ini, penggunaan teknologi Blockchain juga merupakan keperluan penting bagi rekod perubatan. Ia dapat mewujudkan penyelidikan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi di mana pada akhirnya dapat membantu mencegah penyakit dengan lebih berkesan serta menyediakan kualiti yang terbaik pada orang ramai.
Jika kita perhatikan sepanjang pandemik Covid-19, terdapat banyak percanggahan mengenai tindak balas terhadap penyakit khusus ini berbanding penjagaan kesihatan lain yang melanda dunia. Hal ini seterusnya menimbulkan beberapa persoalan seperti tempoh penghasilan vaksin, matlamat penyelidik serta isu yang mendorong mereka bergerak pantas bagi penyediaan vaksin ini.
Penggunaan teknologi blockchain dapat membantu menjaga data kesihatan pesakit serta mengehadkan maklumat yang tersedia bagi dimanfaatkan, dikumpul jua dikongsi oleh penyelidik global. Justeru, ia dapat membantu penyelidik agar dapat bekerjasama dalam melawan semua penyakit moden utama yang menjejaskan dunia hari ini.
Tambahan pula, percanggahan besar antara kedua-dua standard global yang menyukarkan bantuan disalurkan kini dapat dikurangkan dengan adanya rekod kesihatan yang boleh diakses para penyelidik. Blockchain yang berasaskan NFT telah diguna pakai dalam langkah ini bagi membolehkan individu memilih untuk memberikan maklumat kesihatan tanpa nama mereka, keputusan ujian, syarat dan banyak lagi.
Selain itu, ia juga dapat memberi insentif kepada pesakit memandangkan lebih banyak ganjaran akan diterima mengikut data yang diberi. Sebagai contoh, pesakit yang membantu menyediakan data pada projek CURE diberi ganjaran dengan royalti berterusan atas sumbangan mereka. Projek CURE ini telah berkembang dan boleh didermakan kepada orang yang memerlukan untuk memberi mereka akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan sama rata, tidak kira di mana mereka berada.
Tragedi kebakaran yang dapat dibantu teknologi blockchain
Dengan pelaksanaan projek ini, ia dapat membuka peluang untuk memberi bantuan yang diperlukan semua masyarakat. Ia telah bergerak pantas menjadikan keseluruhan aktiviti mengikut akses, desentralisasi dan kualiti penjagaan kesihatan yang betul.