Dalam satu persidangan mengenai perkhidmatan kewangan, Gary Gensler, yang merupakan ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak akan mengharamkan mata wang kripto yang berpotensi membuka laluan bagi ekonomi terbesar dunia itu untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan kewangan terdesentralisasi (DeFi) dan teknologi blockchain.Â
Jadi apabila ekonomi terbesar dunia itu mengumumkan bahawa ia akan membenarkan mata wang kripto wujud dengan industri kewangan semasa, maka ia juga merupakan satu langkah terbaru bagi negara lain untuk mengambil kira penglibatan mata wang kripto dan mengawal selia industri dengan cara yang adil di negara tersendiri. Seperti yang kita lihat, Amerika Syarikat kini semakin pantas dalam pembangunan Fintech, teknologi blockchain serta bahagian yang tidak konvensional dalam kewangan desentralisasi seperti insurans, kewangan perdagangan dan pengumpulan dana.Â
Adakah saham IPO menguntungkan?
Hal ini kerana pengawal selia Amerika Syarikat dalam usaha menggabungkan industri mata wang kripto ke dalam sistem kewangan semasanya. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menentukan cara yang terbaik untuk mengawal selia industri, termasuk peraturan coin yang stabil, pertukaran yang desentralisasi, terbitan mata wang kripto dan sebagainya. Memandangkan mereka melihat mata wang kripto ini sebuah peluang yang unik, Amerika Syarikat turut menyatakan hasrat untuk mengkaji semula portfolio pelaburan serta memberi perhatian kepada Bitcoi, Ether (ETH) dan pelbagai teknologi baru Blockchain.
Dengan berita ini, negara lain juga digesa untuk mula membuka pintu bagi membawa mata wang kripto ke dalam pasaran negara tersendiri.
Kripto di Malaysia?
Di negara kita masih jauh ketinggalan dari segi ‘talent’ untuk membina teknologi berasaskan blockchain ini. Sememangnya jika kita mahu menuju terus kehadapan, teknologi matawang seumpama ini harus kita ikuti rapat rapat. Sebagaimana UMP telah mengadakan Diploma Profesional Blockchain adalah satu usaha yang bagus untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kripto
3 thoughts on “Apabila USA mahu jadi kuasa besar Blockchain”