Pernah atau tidak anda terfikir tentang bagaimana Blockchain dan Cybersecurity membantu antara satu sama lain?
Anda mungkin mempunyai pelbagai jenis alatan elektronik dan teknologi yang dapat memberi seribu satu pengalaman yang mengagumkan. Dari sekecil-kecil peralatan, sehinggalah kini kita sudah dapat merakam hampir ke semua situasi kehidupan, berkenalan dengan individu yang beribu batu jauhnya serta mendapat pelbagai jenis maklumat di hujung jari.
Namun walau bagaimanapun, di sebalik pengalaman yang unik, teknologi ini juga dapat memberi pendedahan yang besar kepada sistem kawalan dan juga keselamatan.
Hal ini termasuklah teknologi Blockchain yang telah diguna pakai secara meluas pada dunia kini. Di sebalik kelebihan yang ditawarkan, ia juga mungkin memberi ancaman yang besar kepada sistem keselamatan. Namun jika teknologi ini digunakan secara betul dan teratur, ia pasti akan menjanjikan hasil yang memberangsangkan.
Bagaimana kita dapat mengawal atau memastikan keselamatan sistem dan setiap komunikasi yang terjalin ini supaya lebih selamat?
Blockchain sebenarnya dapat membantu meningkatkan sistem keselamatan sedia ada dengan penggunaannya yang sulit serta beberapa lagi perkara lain.
Blockchain adalah suatu perkhidmatan yang memerlukan penjagaan keselamatan sama sahaja seperti perkara lain. Dan di sini juga lah cybersecurity memberikan peranan penting seiring blockchain.
Inovasi teknologi pasti sahaja akan memberikan kelemahan kepada ruangan siber termasuklah cybersecurity. Hal ini kerana cybersecurity ini berkait rapat dengan apa-apa sahaja perkara yang melibatkan internet dari perniagaan sehinggalah pengkomputeran yang mempunyai 3 prinsipal utama iaitu kesulitan (confidentially), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability).
1. Kesulitan (confidentially)
Sistem penyulitan yang terdapat dalam teknologi blockchain mempunyai tahap kesulitan yang baik. Ia tidak boleh dipecahkan dan dirosakkan sendiri tanpa sebab yang kukuh.
Konsep blok data secara penyulitan penuh yang digunakan dalam setiap transaksi akan membantu menjamin kesulitan data. Hanya mereka yang mempunyai kunci privasi sahaja akan mendapat kuasa dan kelebihan dalam mengakses serta menembusi data-data sulit ini.
Penggunaan kunci secara sulit ini akan membenarkan setiap organisasi yang menggunakannya untuk memperoleh suatu tahap keselamatan serta perlindungan data yang sangat tinggi.
Sebagai contoh, organisasi yang melaksanakan protocol komunikasi yang selamat ke atas teknologi blockchain akan menjamin tahap keselamatan yang sangat tinggi walaupun setelah diserang berulang kali oleh penyerang.
Jika anda ingin tahu, algoritma kriptografi yang kini digunakan sebagai public/private key adalah bergantung kepada ciri-cirinya yang susah untuk dipecah atau dirosakkan.
ke manakan harga bitcoin selepas ini?
2. Integriti (integrity)
Begitu juga dengan ciri integritinya. Ia dapat membantu menjamin data yang konsisten dan berintegriti adalah sangat penting dalam sistem komunikasi dan maklumat. Penyulitan data, perbandingan hash serta penggunaan tandatangan secara digital adalah antara cara yang dapat membantu anda menjamin integriti sesuatu data.
3. Ketersediaan (availability)
Ketersediaan yang dinyatakan di sini adalah maklumat yang dapat diakses dengan mudah tanpa mengira masa. Serangan siber yang sering sahaja berlaku telah menyebabkan ketersediaan teknologi semakin diusahakan untuk dimajukan.
Hal ini kerana, serangan yang terjadi mungkin akan menyebabkan laman sesawang menjadi rosak dan aplikasi dalam talian juga tidak dapat digunakan dengan baik yang akhirnya membawa kepada kerugian pendapatan dan sebagainya.
Jadi, bagaimana untuk mengelakkan atau mengurangkan situasi ini daripada terjadi?
Di sini, penggunaan blockchain mungkin akan membantu. Sistem terdesentralisasinya dan sifat peer-to-peer mungkin akan menyukarkan penyerang untuk melancarkan serangan yang baik ke atas sistem dalam talian ini.
Namun begitu, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang mungkin melibatkan serangan ke atas sistem blockchain, seperti:-
- Serangan Eclipse
- Serangan Sybil
- Serangan DDoS
Jadi, dengan adanya cybersecurity, ia berupaya melindungi segala data dan informasi daripada diserang. Jelaslah sudah kaitan di antara blockchain dan cybersecurity yang mungkin sebelum ini sering menjadi kekeliruan. Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com.
Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.