Percaya atau tidak, teknologi blockchain pasti akan menggantikan dan mengambil alih sistem tradisional perbankan dan juga sistem kewangan.
Dan adakah ia akan memberikan ancaman kepada sistem perbankan?
Jelas sekali jawapannya ya.
Ramai yang mungkin menganggap bahawa sistem perbankan tidak akan goyah dan diancam dengan begitu mudah namun hakikatnya, kewangan terdesentralisasi ini mampu menggantikannya.
Mata wang kripto yang menggunakan teknologi blockchain ini menawarkan sistem transaksi yang lebih pantas, selamat, mudah dengan yuran yang rendah. Jadi, jika tak mampu mengalahkan mereka, jadi sertai lah mereka.
Justeru kini, hampir ke semua kuasa dunia sedang berkira-kira untuk mencipta versi digital mata wang mereka melalui bank pusat tersendiri sebagai usaha. Kebanyakan pihak sudah mula menggunakan penyelesaian blockchain ini bagi memastikan perusahaan atau organisasi masih kekal relevan.
adakah blockchain masa depan yang baik?
Kini jika diperhatikan, semakin ramai pelabur mula berminat dengan kripto disebabkan oleh perhatian yang telah diberikan. Kita telah menyaksikan pelbagai jenis kripto diperkenalkan dengan tawaran urus niaga yang lebih menarik.
Sebagai contoh, perhatikan saja kelebihan DeFi yang dilihat dapat memperbaharui kaedah pembayaran mudah alih agar menjadi lebih mudah ini. Ia bakal memaksa pihak kerajaan serta bank tempatan untuk memperbaharui sistem mereka dan berinovasi untuk mengelakkan daripada terlupus dan digantikan begitu sahaja.
Jadi, anda nak tahu cara untuk bermula dalam dunia blockchain dan kripto ini?
Caranya mudah sahaja.
1. Pemilihan kategori
Anda boleh memilih beberapa kategori yang melibatkannya seperti permainan, kewangan dan sebagainya. Pemilihan projek yang berkaitan dengan minat adalah sangat digalakkan supaya anda tidak mudah berputus asa jika mengalami sebarang kerugian.
2. Pengumpulan maklumat
Kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh anda dapatkan dan kenal pasti latar belakang projek yang ingin diusahakan. Pastikan anda mengethui segala perancangan dan strategi yang dikemukan. Ia akan menjadi lebih baik jika anda dapat menilai terlebih dahulu sama ada projek yang disertai akan memberi kebaikan dan kelebihan untuk anda.
3. Kaji pasukan
Jika projek yang ingin disertai akan melibatkan wang serta pelaburan yang berisiko, adalah sebaiknya untuk anda mengkaji terlebih dahulu pasukan di sebaliknya. Kenali dan ambil tahu latar belakang kejayaan dan kejatuhan yang telah ditempuhi mereka.
4. Tetapkan jumlah yang sesuai
Jika projek yang telah dikaji adalah melibatkan kewangan, nasihat dari kami adalah untuk tidak melabur lebih daripada yang anda sanggup. Ini bermakna anda perlu mengelakkan untuk melabur jumlah yang sangat tinggi yang mana jika ia ditakdirkan rugi, anda tidak mampu untuk menanggungnya.
Kesimpulannya, pengalihan kepada teknologi blockchain ini bukan sahaja perlu diusahakan oleh pusat perbankan atau pihak kerajaan, tetapi juga oleh setiap individu yang sudah mula menyedari kepentingannya pada masa akan datang.
Perlu diingatkan bahawa langkah yang baik dan berstrategi adalah sangat penting dan semoga anda berjaya melibatkan diri dalam teknologi baru ini.
Ingin mengetahui lebih banyak perkara mengenai blockchain?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.