Nak tahu bagaimana blockchain mampu mempengaruhi sistem kewangan?
Jika anda perhatikan, industri kewangan kini dibelenggu dengan pelbagai jenis masalah isu semasa dan setiap proses ini memerlukan banyak kertas kerja. Ini termasuklah pelanggaran data yang tidak selamat serta kerugian dan kurang kepercayaan.
proses berlebihan yang hanya menambah kerugian besar dan kekurangan kepercayaan daripada penggunanya. Jadi, penggunaan blockchain dalam perkhidmatan kewangan dapat membantu dalam mengurangkan masalah ini.
Kini, berjuta-juta transaksi telah dilakukan yang juga mewujudkan kos perkhidmatan yang tinggi seperti keselamatan, ketelusan dan kecekapan. Jadi, kebanyakan pengantara kewangan seperti rangkaian pembayaran dan bursa saham terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis jenayah siber.
Di sini lah muncul kelebihan teknologi blockchain yang menarik perhatian ramai pelabur asing dan pencipta IT. Sistemnya yang memberi jaminan terhadap keselamatan yang telus menjadikan teknologi blockchain suatu teknologi yang mempunyai permintaan tinggi.
blockchain sebagai blockbuster terkini?
Bermula dengan bitcoin serta mata wang kripto yang lain, teknologi ini kini sudah berkembang hamper ke setiap pelosok industry. Dokumen yang direkod menggunakan algoritma yang dicipta ini mempunyai sistem keselamatan yang sangat sulit yang membantu meningkatkan kepercayaan terhadap sistem tersebut. Teknologi ini adalah salah satu pemacu kepada transformasi perkembangan perkhidmatan kewangan dunia.
Teknologi blockchain ini sebenarnya berfungsi dengan mencipta suatu lejar transaksi yang mudah diakses namun selamat dalam penyimpanan datanya. Ia tidak mempunyai apa-apa kuasa pusat malah rekod transaksi yang dikongsi adalah melalui rangkaian sisa pengguna. Siri blok yang tercipta dengan setiap satunya membawa rekod transaksi akan dirantai bersama serta dikunci dengan kriptografi.
1. Pengurusan lebih cepat
Sebagai contoh, pengurusan saham akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dengan kos operasi yang lebih sedikit. Sistem automasi yang dihasilkan seperti pematuhan kepada kontrak pintar juga akan dapat diterbitkan dengan tahap keselamatan serta ketelusan yang lebih tinggi.
Memandangkan kini pengurusan aset serta rangkaian bekalan makanan lebih tertumpu kepada sistem digital yang berpusat, jadi konsep lejar yang teragih ini akan dapat memanfaatkan proses yang kompleks dan memakan masa.
2. Pembayaran yang cekap
Jika sebelum ini pembayaran dari satu bank ke bank lain mengambil masa yang agak lama namun kini, dengan bantuan blockchain, ia dapat menyelesaikan isu ini serta-merta. Blockchain mampu meningkatkan ketelusan pembayaran, kecekapan, kepercayaan dan keselamatan serta mengurangkan kos untuk firma perkhidmatan kewangan dan pengguna. Teknologi ini membenarkan sistem pembayaran menjadi lebih cepat, lebih murah dan lebih mudah.
Untuk pengetahuan anda, kini, bank pusat sudah mula bereksperimen sama ada pembayaran boleh memasukkan lejar yang diedarkan atau tidak. Iya, memang benar bahawa blockchain boleh menjimatkan banyak masa dan wang untuk semua pihak yang terlibat namun, ia juga akan menghapuskan keperluan kakitangan kerana pembayaran diselesaikan serta-merta.
Walaupun perkara ini telah memberi kerisauan terhadap ramai pihak namun, anda tidak perlu terlalu risau kerana peluang pekerjaan yang tinggi dalam pelbagai bidang kerja yang berlatar belakangkan aspek digital pasti akan muncul secara meluas kelak.
Kesimpulannya, industri kewangan kini sudah mula menuju ke arah penggunaan blockchain dan ia merupakan suatu inovasi yang dapat merevolusikan sistem kewangan global sekaligus menjadikannya lebih selamat dan cekap. Faedah terbesar blockchain yang boleh kita rumuskan di sini adalah ia sebagai “penyelesaian rentas sempadan”, kerana kriteria disebaliknya yang dapat menjimatkan kos dan berpotensi telus pada masa yang sama.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.