Penggunaan teknologi NFT dan blockchain membantu memberi kuasa kepada para artis untuk menjamin kualiti hasil karya dan menghapuskan aktiviti penipuan tiket.
Industri muzik kini tidak asing lagi dengan kewujudan individu ketiga yang membantu dengan urusan penjualan bakat bakat yang tercipta. Namun kini amat menyedihkan apabila kini individu di dalam industri menggunakan tindakan ini untuk keuntungan peribadi mereka sendiri. Malangnya, masih ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap artis kegemaran mereka.
Hasilnya ialah artis kini mempunyai masa yang lebih sukar untuk mencari nafkah yang baik. Lazimnya jualan album akan dihantar terus ke label mereka, menjadikan mereka bergantung kepada hasil daripada persembahan secara langsung. Namun begitu, kebanyakan artis kemudiannya terpaksa melakukan lawatan yang berlebihan, mengambil tawaran jenama yang tidak perlu dan meletakkan diri mereka dalam situasi lain yang boleh menyebabkan keletihan akibat isu penjualan semula tiket oleh individu tidak bertanggungjawab.
Namawee jadi jutawan kripto dalam masa 3 jam
Oleh itu, Centaurify, sebuah tiket yang berasaskan NFT diwujudkan bertujuan untuk menangani kebimbangan ini secara langsung lalu membolehkan artis agar dapat mengawal kebebasan mereka dalam persada muzik, menghapuskan orang tengah serta melindungi peminat mereka daripada dieksploitasi. Usaha ini dijayakan dengan penyelesaian yang dibina di atas rantaian blok, di mana non-fungible token (NFT) digunakan bagi menggantikan setiap tiket yang dijual. Tiket ini secara langsung boleh dikesan sepenuhnya dan mustahil untuk dipalsukan atau diprogramkan semula untuk dijual secara haram.
Centaurify menyediakan proses transaksi yang lebih pantas, yuran transaksi yang rendah serta peluang yang lebih besar untuk berkarya. Tambahan pula, platform ini memanfaatkan bahasa pengaturcaraan Haskell sebagai fungsi bahasa bagi menjamin hasil terbaik. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama mlabs.city, Haskell, blockchain serta perundingan kecerdasan buatan (AI). Pasukan Centaurify juga berpeluang membentangkan projek mereka kepada umum di Sidang Kemuncak Cardano di Hab Oslo.
Dengan asas yang kukuh, platform itu kemudiannya beroperasi di atas tiga faktor utama. Yang pertama bergantung pada setiap tiket yang dicetak sebagai NFT mereka sendiri di mana tindakan mereka dapat dikesan daripada pengeluaran kepada penjualan mereka. Jadi, para artis berpeluang untuk menentukan peraturan dan nilai mereka sendiri untuk harga jualan semula tiket supaya tiada individu yang mengambil kesempatan dari hasil karya mereka.
Tragedi perpustakaan Alexandria
Selain itu, artis juga dapat memastikan bahawa sebahagian daripada setiap hasil jualan diserahkan kepada pemilik yang sah berdasarkan peraturan yang ditetapkan semasa pengeluaran. Kebimbangan lain juga dapat dihapuskan dengan kewujudan Centaurify antaranya ialah membeli tiket palsu. Hal ini kerana, ianya 100% dapat dikesan dan mustahil untuk dipalsukan.
1 thought on “BAGAIMANA PLATFORM CENTAURIFY MEMBANTU INDUSTRI MUZIK DARI DIEKSPLOITASI”