Tidak syak lagi bahawa teknologi blockchain adalah perkembangan yang menarik, dengan potensi untuk merevolusikan banyak industri. Namun, pelbagai gembar-gembur berkenaan blockchain yang sukar untuk dicungkil penggunaan praktikalnya setiap hari atau, dengan kata lain, teknologi ini terdengar hebat, tetapi apakah maknanya dalam kehidupan sebenar?
Dalam artikel ini, Labur Media akan bantu membuka luas pandangan terhadap beberapa kegunaan praktikal teknologi ini, dalam kehidupan sebenar.
Apakah teknologi blockchain?
Tetapi sebelum kita beralih kepada cara blockchain boleh digunakan, mari kita mulakan dengan ringkasan satu minit mengenai blockchain – apakah itu dan bagaimana ia berfungsi?
Blockchain merupakan satu pangkalan data terbuka yang diedarkan pada asasnya, menggunakan fail komputer untuk menyimpan maklumat (data). Namun kini, fail terdiri daripada blok data, dan setiap blok dipautkan ke blok sebelumnya lalu membentuk rantai. Setiap blok mengandungi data serta rekod masa blok itu diedit atau dibuat.
Mari lihat beberapa contoh dunia sebenar teknologi blockchain dalam tindakan:
1. Menghentikan penggunaan orang tengah
Syarikat seperti Uber, Airbnb dan Expedia bertindak sebagai aggregator atau penghubung, iaitu satu platform terpusat yang menghubungkan penyedia perkhidmatan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Agregator berpusat adalah yang mengawal sesuatu perkara di mana mereka menetapkan terma dan syarat mereka sendiri, dan, secara semula jadi, mengambil potongan bagi setiap transaksi sebagai yuran mereka. Teknologi blockchain kini digunakan untuk menghentikan penggunaan orang tengah dan mencipta cara yang selamat untuk pembekal perkhidmatan dan pelanggan berhubung dan berurus niaga secara selamat dan terus.
Syarikat pelancongan terbesar di dunia, TUI Group, mempelopori penggunaan teknologi blockchain sebagai satu cara yang dapat menggantikan agregator perjalanan seperti Expedia. Syarikat itu sudah pun menggunakan blockchain peribadi dan berminat untuk mewujudkan blockchain awam di mana ejen dan pelanggan boleh terlibat secara langsung dengan hotel. Tetapi TUI tidak bersendirian dalam usaha ini memandangkan Winding Tree antara syarikat lain yang berusaha untuk mencipta sistem tempahan perjalanan terdesentralisasi.
pelancaran sarung tangan haptik terbaru Facebook
2. Memperbaiki penjagaan kesihatan
Pembekal teknologi blockchain SimplyVital Health telah pun mencipta dua produk rantaian blok yang direka untuk meningkatkan pengurusan penjagaan kesihatan. Yang pertama, ConnectingCare di mana ia membantu menjejaki kemajuan pesakit selepas mereka meninggalkan hospital, dan yang kedua, Health Nexus, direka untuk menyediakan rekod pesakit blockchain terdesentralisasi.
3. Perbankan dan transaksi yang lebih baik
Barclays telah pun melancarkan beberapa inisiatif blockchain antara lainnya bagi menjejaki transaksi kewangan dan memerangi penipuan sebagai contoh, Bank Hapoalim yang bekerjasama dengan Microsoft untuk mencipta rantaian blok untuk mengurus jaminan bank.Â
4. Rantaian bekalan yang lebih bijak
Walmart menggunakan rantaian blok untuk menjejaki keselamatan hasil ladangnya. Terdapat satu berita mengenai berpuluh-puluh orang di Amerika Syarikat yang sakit pada 2018, disebabkan oleh salad yang tercemar. Disebabkan ini, petani perlu memasukkan rekod terperinci hasil penuaian mereka ke dalam rantaian blok dan, sekiranya berlaku sebarang ketakutan pencemaran pada masa hadapan, Walmart akan dapat menentukan kumpulan yang berpotensi tercemar dengan lebih mudah.
Dunia kripto melalui projek CBDC
5. Kecekapan dalam dunia insurans
Syarikat insurans di seluruh negara sedang mencuba penyelesaian blockchain yang dipanggil RiskBlock bagi menyediakan maklumat bukti insurans. Matlamatnya adalah untuk membantu penguatkuasa undang-undang dan penanggung insurans mengesahkan perlindungan insurans dalam masa nyata, serta menjadikan proses tuntutan lebih cepat dan cekap.
Jelas sekali, teknologi blockchain masih di peringkat awal, dan masih jauh sebelum ia boleh dianggap teknologi arus perdana kini. Namun contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana industri mula menyedari kelebihannya, serta mengharapkan untuk melihat lebih banyak syarikat melabur dalam teknologi blockchain ini.