Ramai yang mungkin tertanya-tanya berkenaan kepentingan penggunaan teknologi Blockchain dalam rekod perubatan.
Sebagai makluman, rekod kematian dapat dicegah ataupun dikawal dengan penggunaan teknologi Blockchain ini.
Anda tak percaya? Kami di Labur Media ingin berkongsi situasi di India di mana lebih 700 000 orang mati setiap tahun akibat kekurangan akses kepada rekod perubatan pesakit. Majoriti kematian ini boleh dicegah jika pakar perubatan mempunyai akses kepada rekod penjagaan kesihatan komprehensif pesakit.
Baru-baru ini, sebuah perkhidmatan dokumentasi teknologi Blockchain, Transcrypts mengumumkan kerjasama baharu yang dijalankan bersama Doctors Without Borders, sebuah organisasi kemanusiaan yang berasaskan perubatan bermula 14 Oktober. Kerjasama ini diasaskan dengan matlamat supaya pesakit dapat mengakses rekod perubatan mereka menggunakan teknologi Blockchain yang diguna pakai dari telefon sahaja.
Sebanyak 6500 rekod imunisasi telah dimuat naik ke dalam rantaian blok setelah kerjasama ini dijalankan malah semakin banyak yang akan menyusul kelak dengan matlamat sebanyak 76 000 menjelang 2020.
Langkah dunia kripto melalui projek CBDC
Transcrypts bermula sebagai medium yang digunakan bagi memerangi aktiviti peniruan resume yang dihantar kepada pihak pengurusan sumber manusia sebelum berkembang menjadi sebuah pengesahan bagi pendapatan tuan tanah. Melihatkan penglibatannya yang semakin menyeluruh kepada perkhidmatan dokumentasi, kerjasama bersama DWB ini merupakan usaha pertama Transcrypts dalam bidang perubatan.
Semasa bercakap mengenai perkara itu, Jurutera Keselamatan TransCrypts memberi jaminan kepada orang ramai tentang keselamatan dokumen yang dimuat naik. Beliau menyebut bahawa syarikat itu menggunakan InterPlanetary File System (IPFS) yang memusatkan data pengguna secara geo di mana ia menjadikan sebarang penggodaman atau kebocoran data menjadi sangat sukar.
Jurutera Keselamatan menjelaskan bahawa teknologi IPFS memecahkan satu dokumen atau fail kepada beberapa ratus bahagian. Selepas itu, sistem bakal menghantar banyak bahagian kecil (kod hash) ini merentasi pelbagai lokasi geografi di atas sistem cloud.
Sistem Blockchain vs Sistem IT biasa?
TransCrypts ialah perkhidmatan dokumentasi blockchain yang menyimpan dokumentasi pelanggannya di dalam lejar supaya tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Lejar ini membenarkan perkongsian data dengan cara yang boleh disahkan serta-merta sambil mengekalkan keselamatan dan privasi. Selain daripada Doctors Without Borders, syarikat itu juga menganggap Oracle, Spirit Airlines, Paychex, ADP, dan Zoom sebagai pelanggannya.