Blockchain sebagai blockbuster terkini?
Benarkah?
Hakikatnya, blockchain telah beralih daripada sesuatu yang misteri kepada dunia arus perdana.
Ia mula dipopularkan pada tahun 2008 oleh seorang individu misteri yang hanya dikenali sebagai Satoshi Nakomoto. Walaupun sehingga kini identitinya masih menjadi misteri dan tiada siapa yang mengetahui individu di sebaliknya namun, perlaksanaan sistemnya telah memberi inspirasi kepada aplikasi lain.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering sahaja diperdengarkan dengan teknologi blockchain yang mungkin bermula dengan mata wang kripto, seperti Bitcoin. Keluasan penggunaanya semakin meningkat dari hari ke hari disebabkan oleh kelebihan dan kemudahan penggunaan yang ditawarkan. Sebagai contoh, bitcoin yang merupakan salah satu daripada aplikasi teknologi blockchain ini telah menjadi mata wang digital pertama yang mampu menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda tanpa memerlukan pihak berkuasa.
cabaran blockchain dan perkembangan industri
Dari segi teknologi, blockchain ialah suatu bentuk lejar digital yang mendapat banyak perhatian dan tarikan. Namun ramai yang masih tertanya-tanya tentang mengapa ia menjadi begitu popular? Baiklah, mari kita mendalaminya untuk memahami keseluruhan konsep.
Blockchain ialah suatu teknologi baru yang muncul dengan banyak kelebihan dalam dunia yang semakin digital:
 1. Selamat
Penggunaan ciri tandatangan digital dalam menjalankan sebarang transaksi dapat membebaskan pengguna daripada sebarang bentuk penipuan. Ia menjadikan sebarang penipuan seperti merosakkan atau menukarkan data individu oleh pengguna lain mustahil untuk dilakukan tanpa tandatangan digital.
2. Sistem Terdesentralisasi
Urus niaga yang dilakukan dengan teknologi blockchain akan diuruskan dengan persetujuan bersama antara pengguna. Ia berlainan dengan sistem yang dilakukan secara konvensional, di mana pengguna mungkin memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa yang mengawal selia sistem seperti pihak kerajaan atau bank dalam apa-apa tujuan transaksi. Jadi, penggunaan teknologi blockchain ini akan dapat membantu memudahkan sistem urus niaga agar dapat dilakukan dengan lebih lancar, selamat dan pantas.
3. Keupayaan Automasi
Penggunaan teknologi blockchain membolehkan sesuatu sistem untuk diprogramkan dan menjana apa-apa tindakan termasuklah pembayaran secara automatik jika sesuatu kriteria dapat dipenuhi.
Kesimpulannya, memandangkan teknologi blockchain ini terus berkembang dan menjadi lebih dekat kepada pengguna, tanggungjawab terletak pada anda untuk mempelajari teknologi yang berkembang ini sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.