Pada 16hb Disember 2021 yang lalu, sebuah virtual event yang bertajuk BlockTech Forum 2021 telah berlangsung dan mendapat sambutan hangat daripada peminat teknologi blockchain dan mata wang kripto. Ramai yang telah mendaftar didalam event selama sehari itu termasuk daripada Singapura, Perancis, China, Pakistan dan juga Russia.
Event secara online yang mengumpulkan lebih 15 orang panelis dan speaker yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi blockchain, NFT, Metaverse dan mata wang kripto itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para penonton.
Event ini telah dianjurkan oleh CryptoValley Malaysia; sebuah NGO yang memfokuskan kepada kesedaran dan pendidikan dalam bidang Blockchain dan juga di sokong oleh CyberSecurity Malaysia.
Event terakhir berkaitan Blockchain di Malaysia ini turut mendapat sokongan daripada dua buah university iaitu University Malaysia Pahang dan juga Management & Science University (MSU). Syarikat berkaitan blockchain dan kripto juga menjadi rakan kerjasama event BlockTech ini antaranya LUNO, Pentas.io , Maishince Academy, Blockworq, Qitmeer , MX Global, NFT Pangolin, Relife, MIFA, SCMI Group, David Justin Academy, VDSL Network, Digital Nomads Lab dan juga The Founders Circle.
Dalam sesi forum pertama yang bertajuk “Blockchain: Supply Chain & Halal Industry” telah dikendalikan dengan baik oleh VP Crypto Valley Malaysia Mr Zakry M Saed selaku moderator. Barisan panelis pula ialah terdiri daripada Prof Madya Dr Yudi Fernando dari University Malaysia Pahang, Dr Taha Omar CEO kepada Founderscircle dan Mr Max Ee, Founder of SCMI Group LLP
Pada sesi kedua yang bermula tepat jam 2:00 petang ialah merupakan forum yang bertajuk “NFT, Metaverse & The Future”. Kali ini speaker-speaker pakar telah memberi input yang sangat mendalam dan banyak perkara yang dibincangkan dalam sesi selama 1 jam itu. Speaker ialah CEO Pentas.io iaitu Tuan Irsyad Saidin, Director kepada NFT Pangolin; Tuan Johan Nasir, CEO & Founder Relife; Dr VK Liew dan CTO Digital Nomad Labs yang berpengakalan di Singapura ; Mr Benny Yuen. Moderator dalam forum kedua ini ialah Tuan Bukhari Roslan; Co-Founder Maishince Academy dan juga Secretary General Crypto Valley Malaysia.
Antara perbincangan hangat dalam forum tersebut ialah apa akan jadi apabila syarikat besar seperti Facebook yang baru-baru ini menukar nama syarikat mereka kepada META, dan membuat pengumuman akan memfokuskan kepada dunia metaverse.
Forum terakhir pula ialah bertajuk “Cryptocurrency : Myths & Facts”. Dalam forum ini, telah membariskan speaker-speaker yang sangat hebat dalam dunia cryptocurrency iaitu speaker pertama Mr Ross Stephenson yang merupakan Ketua bahagian Pendidikan dan Komuniti LUNO, speaker kedua ialah Mr Lev Umanov ; Pakar Cryptocurrency dari Russia, speaker ketiga ialah Mr David Yang, Founder David Justin Blockchain Academy dan juga Mr Abdullah Han ; Founder kepada Qitmeer Network. Forum terakhir ini dikendalikan oleh Tuan Effendy Zulkifly President Crypto Valley Malaysia dan juga CEO Blockworq.
Selesai daripada majlis Forum secara vitrual tersebut, diadakan majlis menandatangani Memorendum Of Understanding diantara Crypto Valley Malaysia dan juga CyberSecurity Malaysia untuk bekerjasama dalam R&D terutamanya dalam bidang Blockchain dan Security.
CEO CyberSecurity Malaysia; Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab turut memberi ucapan key note sebelum bermulanya Majlis menandatangani MoU diantara CyberSecurity Malaysia dan juga Crypto Valley Malaysia.
Menurut penganjur; Crypto Valley Malaysia, event seumpama ini dalam skala yang lebih besar akan diadakan pada Februari 2022. Nantikannya!