Semakin kita kenali cabaran blockchain dan perkembangan industri, semakin kukuh usaha kita ke arah kemajuan dunia.
Tahukah anda, yang mata wang bitcoin menggunakan teknologi blockchain sudah beroperasi selama hampir 8 tahun. Ia merupakan kejayaan pertama teknologi blockchain yang mempunyai tahap kestabilan dan keselamatan yang agak tinggi.
Jika anda ingin tahu, teknologi blockchain kini banyak menguasai sektor kewangan yang mana ia melibatkan mata wang digital, pembayaran rentas sempadan, pendaftaran aset dan harta serta sijil. Namun kini, pada era 4.0 ini, teknologi blockchain digunakan bagi merakam setiap langkah dan proses produksi.
Industri ini sedang berkembang pada tahap yang tinggi dan laju serta mula digunakan secara menyeluruh di setiap bidang. Namun begitu, cabaran yang bakal dihadapi juga turut akan meningkat seiring perkembangannya. Jadi, mencarai penyelesaian yang berkesan dan mengukuhkan asas teori serta teknologinya adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan semasa pembangunannya.
Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa cabaran yang perlu dihadapai teknologi blockchain ini serta perkembangan industry yang berkait rapat dengannya.
1. Seni bina blockchain
Seni bina blockchain ini dikatakan sebagai operasi asas bagi sistem blockchain. Namun begitu, pelbagai cabaran mungkin dihadapi apabila jumlah pengguna dan keupayaan sistem semakin ditingkatkan. Masalah yang mungkin terpaksa dihadapai adalah jumlah pemprosesan yang rendah, masa pengesahan transaksi yang agak panjang serta pembaziran sumber storan yang agak teruk dan dapat menjejaskan perkembangan industri blockchain dengan lebih serius.
Namun begitu, pelbagai industri serta pusat pengajian sudah mula menjalankan penyelidikan terkini yang membabitkan teknologi blockchain dan salah satunya adalah seni bina blockchain yang selari.
Idea ini dikatakan diguna pakai untuk membahagikan pengguna kepada beberapa rangkaian yang berlainan untuk memperbaiki prestasi kesuluruhan sistem. Namun begitu, ianya masih di dalam peringkat awal dan masih terlalu banyak masalah berkaitan yang perlu diselidik dan diselesaikan bersama.
2. Perlindungan Privasi Blockchain
Untuk pengetahuan anda, perlindungan privasi blockchain ini akan dapat membantu mencegah masalah kebocoran privasi bagi apa-apa jenis akaun yang disebabkan oleh proses transaksi secara terbuka.
Namun begitu, reka bentuk penyelesaian teknikal yang boleh memastikan kecekapan serta keselamatan data yang tinggi, serta menjamin keselamatan maklumat bagi setiap transaksi, masih merupakan cabaran teknikal utama yang dihadapi oleh penyelidikan blockchain masa depan. Hal ini kerana, teknologi yang dicipta dan diselidik masih terlalu awal dan mempunyai pelbagai masalah yang besar.
blockchain mampu hapuskan ancaman keselamatan?
3. Kontrak pintar blockchain
Cabaran yang timbul di sini adalah apabila kita perlu mempelajari suatu program pengisisan data yang mungkin boleh dipercayai dalam memenuhi keperluan kontrak pintar ini.
Blockchain dapat menyediakan suatu persekitaran operasi yang terdesentralisasi, yang telus dan tidak boleh diganggu gugat supaya kontrak pintar dapat dilaksanakan secara automatik mengikut kepada perjanjian kontrak.
Apabila kontrak pintar tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan, kerja menaik taraf kontrak pintar perlu dilakukan. Kontrak pintar ini akan disimpan dan dijalankan pada teknologi blockchain, dan kontraknya berkait rapat dengan aktiviti dunia sebenar.
Secara umumnya, cabaran blockchain ini akan menjadi halangan yang ketara kepada penggunaannya. Walaupun pelbagai cabaran perlu dihadapi namun setiap penyokong blockchain perlu meyakinkan organisasi untuk mengambil risiko, serta membentuk pelbagai jenis peluang perniagaan bersama blockchain.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.