Tahukah anda bahawa ebay berjaya cipta langkah menarik perhatian para penggemar NFT?
Kepada yang masih tidak mengetahui apa itu eBay, ia merupakan salah satu cara paling popular untuk membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan di dalam talian internet.
Ia adalah antara tapak web di mana individu dan perniagaan boleh membeli atau menjual barangan baharu atau terpakai, daripada buku, pakaian kepada kereta dan percutian.
Ia diibaratkan sebagai persinggahan pertama untuk setiap individu di seluruh dunia dalam mencari keperluan dan kehendak yang sempurna.
Seperti banyak lagi syarikat lain, eBay juga tidak melepaskan peluang untuk menarik perhatian para penggemar kripto dan NFT. Syarikat itu meneruskan usaha meluaskan sayap ke dalam dunia teknologi blockchain dan koleksi digital memandangkan NFT dapat mempengaruhi perkembangan yang penting dalam sektor perniagaan.
Kini, eBay dikatakan telah memperoleh pasaran non-fungible token (NFT) yang mempunyai beberapa kerjasama dengan syarikat besar lain seperti Adidas, Netflix dan Adobe.
Pada awalnya, ramai yang beranggapan bahawa kripto menjadi keperluan utama dalam teknologi web 3.0 namun, rasionalnya, NFT ternyata akan menjadi lebih terkenal dan trend utama berbanding yang lain. Namun begitu, ia tidak akan dianggap seperti suatu perdagangan jangka panjang utama di pasaran.
eBay mempunyai peluang dalam mengawal pasaran digital yang betul dengan memantau dan mengawal setiap transaksi NFT. Kini, penjual yang diluluskan di eBay sudah boleh menyenaraikan NFT dalam format yang sama seperti item fizikal dan dompet digital yang akan diperlukan pembeli untuk menerima apa-apa jenis pemindahan selepas jualan.
Pembelian KnownOrigin oleh eBay dapat menarik perhatian artis serta pencipta, malah juga mampu menebus perkembangan pasaran permulaan NFT 2.0. Ia boleh menjadi langkah pertama bagi NFT untuk menembusi perkembangan arus perdana, dan membawa era penggabungan seni digital dan karya seni fizikal ke satu tahap standard baharu dalam kehidupan sebenar.
eBay telah berusaha mengembangkan perniagaan koleksinya dengan bersungguh-sungguh pada tahun lepas dengan mencipta jaminan ketulenan dalam memastikan koleksi yang dijual di eBay adalah yang tulen dan bukannya palsu.
adakah teknologi blockchain suatu masa depan yang baik?
Selama bertahun-tahun, eBay sentiasa bersaing untuk menambah ciri teknologi baharu yang dapat menarik lebih ramai pembeli dan penjual. Syarikat ini berjaya membuat pelbagai pelaburan teknikal yang dapat membantu meningkatkan kesederhanaan, keberkesanan serta ciri keselamatan gerbang pembayaran secara global agar mudah digunakan semua pihak termasuklah Google Pay dan Apple Pay.
Sesiapa sahaja yang memahami serta mengetahui tentang perkembangan ini pasti akan terasa seperti berada di ambang perubahan dunia yang besar. Penggunaan NFT serta dompet kripto eBay ini juga boleh memberi lebih kepercayaan kepada para pembeli tentang ketulenan produk, koleksi serta karya seni disebabkan oleh rekod pemilikan item yang boleh dikesan pada blockchain.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.