Apa peranan blockchain dalam logistik?
Semakin matang teknologi blockchain, semakin hampir setiap industri perniagaan terhadap peluang baharu.
Teknologi blockchain memberikan peluang yang sangat besar untuk menyelesaikan pelbagai jenis cabaran melalui pembangunan digital yang selamat dari segi kriptografi. Pelbagai pihak boleh menggunakan identiti digital ini termasuklah kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Ia dapat membantu menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan kerajaan termasuklah penghapusan serta pemalsuan sijil dan kecurian identiti.
fahami latar belakang blockchain
Teknologi blockchain yang kini digunakan oleh peruncit dan pengeluar barangan dapat memacu perniagaan supaya lebih adil dan bertanggungjawab. Sebagai contoh, ia dapat memperkasa pengguna dengan memberikan maklumat lanjut tentang keadaan setiap item yang dihasilkan, dengan mengenal pasti ciri dan kebolehannya.
Antara peranan blockchain yang terlibat dalam dunia logistic adalah seperti yang berikut:-
1. Mewujudkan budaya kerjasama
Apabila sebuah syarikat bersetuju untuk bekerja dengan teknologi blockchain, bermakna, ia sedang bersedia untuk menghadapi pelbagai jenis cabaran yang mungkin lebih sukar dan rumit. Ini kerana sebahagian besar penglibatan adalah di antara individu yang dipercayai antara pelbagai pihak termasuk kedua-dua entiti awam dan swasta dalam semua jenis pihak kerajaan, agensi, organisasi perindustrian, pengawal selia dan sebagainya.
Pada saat ini juga, industri perkhidmatan, platform kerjasama telah diwujudkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap aplikasi teknologi blockchain.
2. Membina pengetahuan dan keupayaan blockchain
Pengetahuan dan keupayaan blockchain membolehkan organisasi untuk mengenal pasti dan menyedari nilai model operasi baharu. Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk menyediakan organisasi yang memperkasakan dan memanfaatkan individu dengan masa, alat, dan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya dalam setiap projek blockchain.
kebangkitan blockchain membawa kepada web 3.0
3. Fokus dengan penglibatan diri dengan pihak berkepentingan
Dengan penglibatan dalam bahagian prototaip berasaskan blokchain, pihak berkepentingan akan dapat membuktikan dan memahami nilai perniagaan bagi
Menerusi inisiatif baharu yang mewujudkan kebolehlaksanaan teknikal. Ia
adalah penting untuk menetapkan jangkaan yang realistik serta mengakui kematangan sistem blockchain. Ia mungkin masih belum digunakan sepenuhnya namun, nilai tambah teknologi ini bergantung kepada keseluruhan ekosistem yang terlibat.
Ringkasnya, bagi mencapai kecemerlangan dalam logistik harus melibatkan sistem pekerjaan dan kolaborasi dengan pihak lain. Hal ini sekaligus dapat mengoptimumkan aliran barangan fizikal yang lebih teratur serta jelas terhadap sistem aliran maklumat dan kewangan yang sebelum ini lebih kompleks.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.