Walau apa pun industri, organisasi boleh mendapat manfaat daripada teknologi dengan mengurangkan kertas kerja, meminimumkan overhead, memperkemaskan proses dan menghapuskan keperluan berkaitan fasilitator pihak ketiga. Ini tidak terkecuali bagi perusahaan yang menggunakan teknologi blockchain dalam operasi berkaitan. Dengan merealisasikan potensi ini sepenuhnya, perniagaan dapat meningkatkan kecekapan operasi disebabkan oleh:
1. Desentralisasi.Â
Konsep desentralisasi memungkinkan setiap server saling terhubung dan memiliki peranan yang serupa. Dalam rangkaian teragih, peserta tidak perlu mengenali satu sama lain, dan setiap ahli mempunyai akses kepada data yang dibentangkan dalam bentuk lejar teragih. Jika maklumat itu entah bagaimana rosak, kebanyakan peserta boleh menolaknya, yang bermaksud kemungkinan berlakunya aktiviti penipuan dapat diminimumkan.
2. Ketidakbolehubahan.
Setelah sesuatu proses itu dijalankan, urus niaga dapat direkodkan tanpa sebarang perubahan atau pengalihan keluar. Setem masa dan tarikh memudahkan penjejakan data dalam jangka masa panjang. Selain itu, jika ada sebarang aktiviti edit atau pengubahsuaian, ia bakal memerlukan pengesahan daripada keluruh individu yang mempunyai akses. Oleh itu, blockchain memastikan audit data yang boleh dipercayai.
Pembuat NFT cuba cipta disney baru
3. Keselamatan siber.
Disebabkan penyulitan yang kuat dan rakaman segera, kebarangkalian serangan yang dilakukan oleh penceroboh berniat jahat jatuh ke tahap paling rendah. Bagaimanapun, adalah lebih rumit untuk menggodam rangkaian sedemikian berbanding sistem yang disimpan pada pelayan khusus. Kebenaran akses dan anonimisasi data juga menjamin perlindungan privasi yang tinggi.
4. Pengurangan kos.
Organisasi, terutamanya dari industri BFSI, boleh mengurangkan perbelanjaan operasi kerana menghapuskan fasilitator, keupayaan untuk memproses transaksi dengan cekap, pengagregatan data automatik, serta memudahkan proses pelaporan dan pengauditan.
5. Kebolehkesanan.
Mengesan asal usul produk dan mengurus inventori dengan lebih cekap adalah sangat penting bagi peruncit. Oleh kerana ketelusan rantaian blok boleh dibawa ke rantaian bekalan, isu pencemaran alam sekitar tidak akan menjadi masalah lagi sebagai contoh. Dalam kes menarik balik produk yang diusahakan di ladang tertentu kerana pencemaran, peruncit boleh mengenal pasti dan mengalih keluarnya dengan mudah, dengan itu, membolehkan barangan berkualiti tinggi dalam masa nyata.
Siapa mendahului pasaran global blockchain?
Dengan membawa transformasi kepada perniagaan mengikut kesesuaian zama dan infrastruktur, teknologi blockchain dapat membantu organisasi untuk meminimumkan risiko berkaitan keselamatan serta dapat mengurangkan kos operasi.