Umum berpendapat bahawa peluang blockchain terhadap perkembangan dunia kini semakin besar dan sekaligus mampu mempengaruhi ekonomi dunia.
Benar atau tidak, bergantung kepada kepercayaan setiap individu.
Mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang, teknologi blockchain ini akan dapat mempertingkatkan sistem perniagaan serta cara setiap pasaran beroperasi.
Jika anda ingin tahu, teknologi blockchain mempunyai dua aplikasi utama yang diperkenalkan.
Yang pertama, penggunaan teknologi ini akan melibatkan suatu bentuk perdagangan atau pengurusan mata wang kripto seperti Bitcoin dan lain-lain. Aplikasi yang kedua pula akan terdedah kepada sistem pengurusan perniagaan yang berkait rapat dengan aktiviti perdagangan, termasuklah proses kewangan seperti pemiutang, penghutang, dan pematuhan.
bagaimana blockchain mengambil alih sistem kewangan
Hal ini akan lebih dikenali sebagai sistem perniagaan blockchain.
Jadi cepat atau lambat, setiap pengusaha perniagaan perlu memahami perkara ini.
Teknologi blockchain mampu menawarkan kelebihan yang lebih unik dan mampu memudahkan pelbagai situasi yang kompleks termasuklah sistem automasi, ketelusan, kebolehpercayaan serta kelajuan.
Selain itu, perniagaan blockchain dalam perniagaan juga dapat membantu menawarkan tahap ketepatan serta kawalan yang lebih tinggi terhadap pengurusan perniagaan.
Walaupun perniagaan melalui blockchain boleh beroperasi sebagai penyelesaian kendiri, tetapi nilainya dapat meningkat dengan ketara apabila ianya mula digabungkan dengan teknologi lain, seperti sistem automasi dan sebagainya.
1. Penglibatan pelbagai pihak
Blockchain adalah penyelesaian sangat baik bagi setiap penggunanya termasuklah pembekal, pelanggan, penyedia perkhidmatan serta pihak berkuasa cukai. Teknologi blockchain ini boleh menjadi cara yang sangat berkesan dalam memperkemas sistem pemprosesan pelbagai jenis transaksi.
2. Matlamat perniagaan yang rumit
Teknologi blockchain adalah potensi yang baik bagi sesuatu organisasi untuk menyelesaikan suatu matlamat perniagaan yang rumit. Ia termasuklah kebolehan dalam pelbagai jenis pengurusan seperti pembelian aset, pembiayaan, waranti, insurans, pematuhan peraturan, dan keselamatan awam.
saranan polisi melancarkan blockchain
3. Keperluan penyimpanan rekod
Dalam sesetengah jenis perniagaan, rekod yang berkualiti tinggi akan memberi nilai tambah kepada masa transaksi. Selain itu, blockchain adalah penyelesaian yang baik serta cara yang boleh dipercayai jika banyak pihak perlu mengakses serta mengekalkan rekod dalam jangka masa yang panjang.
4. Keperluan pemindahan aset
Blockchain juga boleh menghapuskan kelewatan dalam operasi pembayaran serta pemindahan aset dan boleh membantu mengurangkan kos, meningkatkan ketepatan serta menyediakan kecekapan yang baik. Selain itu, ketelusan yang ditawarkan blockchain dapat membantu menyelaraskan sistem pembiayaan perdagangan.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blockchain?
Mari, jangan ditangguh lagi kerana ia jelas terbukti sebagai suatu masa depan dunia kelak.
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pelaburan, blockchain dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia blockchain dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.