Benarlah berita mengenai mata wang kripto yang dahulunya hanya menjadi buah mulut di luar negara kini semakin mula melebarkan sayap di Malaysia.
Seperti yang telah digembar-gemburkan baru-baru ini, seorang penyanyi yang juga merupakan seorang komposer dan pelakon kelahiran Malaysia ini telah berjaya menimbulkan kontroversi dunia dengan lagu keluaran terbarunya iaitu Fragile.
Lagu yang dinyanyikan bersama penyanyi Australia, Kimberly Chen itu telah dibuang daripada media internet di China dan akaun media sosial milik kedua-dua penyanyi tersebut telah disekat. Hal ini disebabkan oleh topik sensitif yang diutarakan dalam lagu nyanyian mereka seperti penapisan, Covid-19 dan isu Uyghur. Tambahan pula, muzik videonya yang bertemakan merah jambu juga menimbulkan reaksi negatif yang memaparkan seekor panda serta netizen Cina yang nasionalistik.
Selain menjadi tular berkaitan topik sensitif ini, Namawee kini tampil kembali dengan kontroversi terbaru dimana beliau berjaya memperoleh RM3.5 juta dalam masa 3 jam pengeluaran lagu NFT, Go NFT serta posting melibatkan 20 gambar syarikat perbankan serta perusahaan komersial besar.
Keterujaannya tentang keunikan NFT yang membolehkan pencipta kandungan memintas platform seperti Youtube serta mengelak penapisan daripada pihak kerajaan telah meyakinkan Namawee untuk mengeluarkan 100 salinan Fragile di pasaran NFT dalam talian yang sama iaitu OpenSea.
Namawee berjaya mendapat perhatian dunia di mana dia dengan sekelip mata menjadi jutawan daripada hasil jualan non-fungible token (NFT). Mungkin anda sendiri tertanya-tanya, apakah sebenarnya NFT dan bagaimana ia berfungsi dalam isu ini?
NFT membolehkan pencipta seni menjual hasil karya melalui rantaian blok di mana ia mempunyai nombor siri yang tersendiri. Hasil karya ini termasuklah muzik, gambar mahupun video. Jadi, hasil karya yang telah dibeli adalah milik anda sahaja tanpa dapat ditiru secara haram oleh pihak lain.Keuntungan yang diperoleh juga tidak akan dapat diambil oleh pihak ketiga di mana teknologi blockchain ini telah menghapuskan kewujudan pihak ketiga seperti bank dan juga platform media yang lain.
Untuk makluman lanjut berkaitan NFT, baca posting di laburmedia.com
3 thoughts on “Namewee jadi jutawan Kripto dalam masa 3 jam”