Dunia kini menyaksikan kepantasan ekonomi digital selari perkembangan semasa. Pelabur juga bijak bertindak menawarkan faedah kepada syarikat teknologi baharu yang berpotensi menggapai pasaran global dan punyai data pengguna yang besar.
Sebagai contoh, Uber, satu nama yang tak asing lagi bagi sesetengah daripada kita, pada awalnya bernilai $91 billion yang masih kekurangan wang, namun setelah sedekad dari tarikh pelancaran, mereka akhirnya mencapai suku pertama keuntungan. Jadi, di sini membuktikan bahawa pengguna setia juga memainkan peranan dalam membantu kenaikan dan kejayaan sesuatu perniagaan.
Jika pengguna ialah aset yang paling berharga bagi sesebuah syarikat teknologi, tidakkah wajar bahawa pengguna juga harus diberi ganjaran untuk sumbangan mereka? Memandangkan kripto dan blockchain menunjukkan perkembangan baik untuk membina sistem kewangan baharu, sudah pasti ada pihak yang memikirkan penempatan pengguna dalam ekonomi syarikat.
Mastercard sudah mula luaskan pasaran kripto
Kebanyakan syarikat industri teknologi baharu yang mempunyai program memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia, menunjukkan pengguna boleh memperoleh ganjaran yang lebih besar atas kesetiaan mereka. Blockchain telah memperkenalkan kaedah yang sangat mudah untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia.
Sebagai contoh, kita boleh perhatikan Tokenplace, satu platform yang membolehkan pedagang dan pelabur membeli dan menjual syiling merentasi seluruh landskap dengan berpuluh-puluh pertukaran. Seperti kebanyakan syarikat kripto, ia mempunyai token utiliti asli, TOK, yang memberikan pengguna diskaun dan bonus lain. Kini, Tokenplace telah mengumumkan bahawa ia akan menyediakan pilihan bagi pemegang syiling sebagai cara untuk memberi ganjaran sewajarnya atas nilai kesetiaan dan perhatian mereka kepada perusahaan.
Langkah ini juga disebabkan oleh beberapa data dari Amerika Syarikat yang mendedahkan tentang bilangan rakyat Amerika yang meninggalkan pekerjaan bergaji rendah kerana keupayaan mereka untuk memanfaatkan pelaburan kripto. Jadi, usaha memberi ganjaran mengikut kadar hasil dan pelaburan yang diberikan akan dapat menarik perhatian mereka.
2 sebab pembiayaan kripto menjadi pilihan masa hadapan
Membeli token utiliti seperti Tokenplace mewujudkan sinergi yang bermanfaat untuk syarikat dan pengguna. Setiap kali pengguna yang juga merupakan pemegang token membayar perkhidmatan syarikat pilihan mereka, mereka tahu bahawa mereka juga meningkatkan nilai syarikat itu serta ganjaran yang bakal diterima. Lebih banyak membeli, lebih besar potensi ganjaran.
1 thought on “PATUTKAH PENGGUNA DIBERI GANJARAN UNTUK SETIAP NILAI KRIPTO MEREKA?”