Jika anda perhatikan, kita sering didedahkan dengan isu berkaitan permainan bola sepak apabia dikaitkan dengan nama Liverpool. Namun, kami di Labur Media hari ini hanya ingin berkongsi isu yang sedikit berbeza dari tumpuan umum.
Baru baru ini, pengumuman Datuk Bandar Metro Wilayah Bandar Liverpool Steve Rotheram telah berjaya mencuri tumpuan umum bila mana beliau menyatakan tentang pelaburan yang dibuat sebanyak 700,000 paun ($955,957) ke dalam satu perkhidmatan penghantaran makanan iaitu Peepl. Usaha ini bertujuan untuk bertindak sebagai alternatif yang menjimatkan kos kepada gergasi penghantaran makanan untuk restoran tempatan.
Apakah logiknya?
Atau mungkin, apakah sebabnya?
Ramai juga yang tertanya-tanya tentang Peepl yang dipilih secara terang untuk menerima pelaburan ini.
Rangkaian Peepl banyak membantu perniagaan yang mementingkan sosial untuk bersatu dan berkembang maju, menggunakan pembayaran dan ganjaran mudah alih selari perkembangan generasi akan datang. Peepl juga merupakan antara platform penghantaran yang memberikan keajaiban diperlukan bagi mengurangkan kos. Ia juga bebas digunakan sebagai perniagaan dengan khalayak tempatan. Teknologi mudah alih inovatif yang sangat berguna ini membantu lebih ramai pengguna di rantau untuk membeli dengan lebih mudah.
Pelancaran terbaru sarung tangan haptik oleh Facebook
Kebanyakan rangkaian perkhidmatan bagi sistem penghantaran, media sosial dan penyedia kad kredit lebih tertumpu kepada pengambilan komisen secara tinggi daripada pengguna namun, rangkaian Peepl ini membantu pengguna untuk menjimatkan kos sekali gus berkembang dengan lebih maju.
Secara ringkasnya, Peepl mempunyai potensi untuk mengganggu pasaran penghantaran makanan secara radikal dengan menyatukan semua nilai tersebut dan menyuntik lebih banyak keadilan bagi penghantar makanan dan restoran serta industri yang tidak dikenali.
Aplikasi Peepl dikuasakan oleh blok blok Fuse, yang menyediakan masa transaksi yang lebih pantas dan yuran yang lebih rendah. Ia merupakan aplikasi pertama yang utama bagi alat sumber wang terbuka Fuse, yang direka untuk memberi manfaat kepada komuniti tempatan. Peepl berusaha untuk meningkatkan penggunaan dengan memberi ganjaran kepada pengguna dengan token baharu untuk setiap pesanan penghantaran makanan.
Peepl mendakwa bahawa teknologi dan kerjasama ini boleh menjimatkan restoran sebanyak 50% daripada komisen yang biasanya dikenakan oleh platform penghantaran makanan. Selain itu, platform Peepl berjanji untuk memberikan semula sebanyak 5% sehingga 10% kepada pengguna daripada setiap nilai pesanan mereka dalam bentuk Token Peepl (PPL). Walau bagaimanapun, mereka akan terikat dalam rangkaian tersebut selama sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun.
Menurut laman webnya, pembangunnya mencadangkan untuk menetapkan harga bagi setiap token PPL sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2025. Selain membuat transaksi, pemegang token PPL tersebut juga akan dapat mengambil bahagian dalam tadbir urus rangkaian.
Industri muzik dibantu platform Centaurify
Di samping perubahan nilai dan undang-undang, ini bermakna model perniagaan baharu juga boleh didapati untuk mencipta kemajuan dalam teknologi blockchain.
1 thought on “PELABURAN TERBARU LIVERPOOL KE ATAS PLATFORM PENGHANTARAN MAKANAN”