Memandangkan industri blockchain terus berkembang di seluruh China, terdapat beberapa kebimbangan bahawa sektor akademik gagal memenuhi permintaan untuk program pendidikan komprehensif berkaitan teknologi Blockchain.
China turut menyatakan kerisauan mereka terhadap sektor pendidikan yang sangat ketinggalan dalam mengejar perkembangan pesat industri blockchain di negara itu yang semakin mempengaruhi segala aspek ekonomi.
Apabila USA mahu jadi kuasa besar blockchain
Statistik yang diumumkan China juga mendedahkan bahawa beratus syarikat di negara itu kini telah mula mengambil kakitangan yang dapat berkhidmat dalam industri blockchain. Gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan ini juga semakin meningkat di seluruh China. Â
Justeru, kebimbangan ini akhirnya mencetuskan idea pelancaran rasmi bagi kursus sarjana muda ‘Blockchain Engineering’ di Universiti Teknologi Maklumat Chengdu. Para graduan yang berdaftar telah memulakan kursus itu pada September lepas dan dijangka menamatkan pengajian mereka pada 2024.
Hal ini bukan sahaja menjadi kerisauan para intelek dan ekonomi di negara luar, malah isu ini turut dibincangkan di Malaysia. Oleh itu, Maishince Academy yang merupakan sebuah organisasi di Malaysia telah menjadi yang utama menggerakkan isu ini dengan menjalinkan kerjasama bersama universiti terkemuka Malaysia, Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menyediakan kursus Professional Diploma in Blockchain Engineering.
Professional Diploma in Blockchain Engineering
Program yang dijalankan selama 10 bulan ini akan mendedahkan para graduan kepada 10 modul terbaik berkenaan teknologi blockchain bermula dari asas yang dapat dikuasai. Selain peluang pekerjaan yang tinggi dalam industri terbaru Blockchain ini, para graduan juga turut dapat merasai program konvokesyen yang bakal diadakan di bawah Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Malaysia juga telah menjalankan beberapa projek berkaitan blockchain yang mana antaranya dijalankan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu sendiri. Antara yang telah diusahakan adalah budaya baharu iaitu ‘kampus tanpa tunai’ yang diwujudkan dengan penggunaan Dompet Mudah Alih yang membenarkan pembayaran dipindahkan melalui sistem QR code.Â
Selain itu, sistem pengesahan ketulenan ijazah yang memaparkan gambar, nama penuh, program pengajian serta tahun anugerah graduan turut dilancarkan. Semua data ini tidak akan dapat digodam dengan mudah oleh pihak luar dengan menggunakan teknologi blockchain.
Jelaslah kini setiap negara telah memikirkan jangka masa panjang perkembangan serta pengaruh teknologi blockchain ini terhadap pasaran dunia. Peluang sudah tersedia, jadi kini tanggungjawab kita bagi menjadi yang pertama dalam menjayakan kemajuan diri serta negara.