Adakah setiap syarikat benar-benar memerlukan blog sebagai langkah pemasaran media sosial untuk perniagaan?
Jawapannya, iya!
Blog adalah salah satu perkara yang sangat diperlukan.
1. Memberi maklumat terkini perniagaan anda
Blog adalah suatu alat pemasaran yang sangat hebat dalam memastikan prospek serta pelanggan anda untuk mengetahui setiap maklumat perniagaan anda. Ia mampu menawarkan cara yang lebih fleksibel untuk berhubung dengan pelanggan, mengemas kini maklumat harian dan sebagainya.
Pendek kata, ia sebagai saluran komunikasi yang membenarkan pelanggan mendalami produk serta perkhidmatan anda, sekaligus berkongsi content pada masa yang tepat. Â
2. Meningkatkan kesedaran jenama
Sebab utama mengapa setiap syarikat memerlukan blog adalah untuk meningkatkan kesedaran prospek tentang jenama mereka. Sebagai contoh, blog menyediakan platform yang sempurna untuk mengukuhkan strategi SEO perniagaan. Jadi, anda boleh meningkatkan peluang untuk menjana trafik dan mengumpul serta menarik perhatian lebih ramai pelanggan baru.
3. Dapatkan maklum balas daripada pelanggan
Perniagaan yang baik adalah yang dapat memberi maklumat yang pelanggan perlukan, tetapi ia biasanya dilakukan secara sehala yang mana tiada ruang untuk pelanggan bertanya atau mengulas kandungan yang dikongsi.
Jadi, inilah sebabnya mengapa blog sangat berkuasa. Ia dapat mewujudkan perbualan dua hala dengan pelanggan melalui platform yang lebih interaktif, yang dapat menggalakkan maklum balas pada bahagian komen.
4. Mendapat pendedahan sosial
Blogging adalah cara mudah untuk ditemui melalui media sosial. Setiap kali anda menulis catatan blog, anda mencipta kandungan yang boleh dikongsi orang ramai dengan mudah di Twitter, Facebook, LinkedIn dan saluran lain. Ini membantu mendedahkan syarikat anda kepada khalayak yang mungkin belum anda kenali lagi.
Ringkasnya, jika anda ingin menjangkau pelanggan baharu, anda perlu membina jenama serta menonjolkan diri anda lebih daripada para pesaing anda. Anda boleh memulakannya dengan mencipta blog perniagaan anda sendiri. Ia bukan sahaja menyediakan asas yang kukuh untuk pemasaran anda, tetapi juga menyeronokkan serta memberi inspirasi dan cara terbaik untuk berkongsi idea dan menjana idea baharu.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai digital marketing?
Dapatkan lebih banyak artikel menarik mengenai pemasaran digital dan sebagainya bersama kami di laburmedia.com. Jika anda ingin mula berkecimpung dalam dunia pemasaran digital dan mempelajarinya dengan lebih teliti, sila tekan pautan link ini.