Mungkin nampak macam tak masuk akal kan? Tapi itulah realiti yang berlaku kini. Secara puratanya syarikat antarabangsa di luar sanggup untuk bayar gaji kepada jurutera atau arkitek dalam bidang Blockchain ini antara $150,000 hingga $175,000 setahun !
Kenapa mereka sanggup bayar gaji setinggi itu? Ini adalah kerana kepakaran dan juga input yang diperlukan oleh syarikat terhadap mereka yang pakar dalam bidang ini semakin meningkat di luar negara.
Berikut adalah statistik yang dikeluarkan oleh syarikat firma Hired yang berpangkalan di San Fransicso, Amerika Syarikat. Menurut firma ini, hasil kajian mereka menunjukkan kecenderungan syarikat-syarikat besar untuk membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang berlatarbelakangkan pengetahuan Blockchain semakin tinggi dan meningkat. Ini adalah satu trend yang semakin meningkat saban tahun.
Trend ini sebenarnya bukan hanya berlaku di luar negara sahaja, di Malaysia juga kini kesedaran dan kecenderungan syarikat untuk mula mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran dalam Blockchain juga semakin meningkat. Apa yang lebih menarik adalah ada juga beberapa syarikat di luar negara kini yang mula menerapkan pendekatan untuk mengambil pekerja dari Malaysia tetapi bekerja secara “remote” iaitu duduk dan menetap di Malaysia tetapi bekerja dari rumah dalam menyelesaikan tugasan syarikat.
Ini adalah satu peluang dan trend yang sangat menguntungkan pekerja atau bakat dari Malaysia kerana gaji yang dibayar rata-ratanya adalah dalam US Dollar. Ini secara tak langsung akan memberi peluang kepada pekerja dari Malaysia untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang teknologi Blockchain selain daripada akan memperolehi pendapatan yang tinggi 4 kali ganda lebih daripada biasa !
Kelebihan yang paling besar tentang pekerjaan dalam industri Blockchain ini adalah penjimatan kos yang sangat ketara kepada syarikat dan juga pekerja. Ini adalah kerana kebanyakan solusi yang diperlukan boleh diselesaikan secara “remote” dan tidak perlu bersemuka. Ini bermaksud pekerja bebas untuk berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia asalkan mempunyai sambungan internet. Bagi pihak syarikat pula, mereka juga boleh menjimatkan banyak kos operasi apabila pekerja berada di luar pejabat dan kebanyakan mesyuarat boleh dijalankan secara atas talian dan ini juga boleh menjimatkan kos dan masa yang banyak.
Jadi, kami sangat menyarankan kepada anda semua yang ingin menambahkan “skill” atau pengetahuan dalam bidang baru bolehlah mula meninjau potensi serta kelebihan yang boleh anda dapat dalam bidang Blockchain ini. Peluang ini sangat baru dan masih belum ramai lagi yang miliki kelebihan dalam bidang ini.