Kaedah pemasaran
Perniagaan yang baik dan maju adalah perniagaan yang sentiasa meneliti kaedah pemasaran yang terbaik bagi mereka. Mengenal pasti setiap cara yang dapat membantu kepada perkembangan kualiti penjenamaan adalah sangat diperlukan bagi setiap perniagaan. Hal ini diaplikasi bagi kesemua jenis perniagaan sama ada yang kecil atau besar.
Namun,kepada anda para peniaga kecil yang tidak mempunyai belanjawan pemasaran yang besar, anda perlu memberj sepenuh penekanan kepadanya dengan sangat teliti. Hal ini supaya tiada pembaziran yang bakal terjadi sama ada dari sektor kewangan mahupun masa.
Selain pemasaran digital, taktik pemasaran tradisional seperti pemasaran cetak, iklan TV dan radio serta mel terus boleh ditambah dengan cepat.
Jadi, bagaimanakah cara yang membantu anda mencapai pelanggan baharu tanpa merugikan wang?
Berikut ialah 4 cara mudah perniagaan yang berjaya mencapai pelanggan baharu dalam talian.
- Mulakan blog
Lebih mudah bercakap daripada melakukan, bukan? Tambah lagi jika anda bukan seorang penulis dan tidak mempunyai masa.
Tetapi macam mana kalau anda anggap saja blog itu sebagai rekod bertulis tentang soalan yang ditanyakan pelanggan sepanjang masa? Bukankah anda akan rasa sangat berbaloi dengan penulisan anda? Masa juga tidak terhabis begitu saja!
Menyediakan platform yang berguna kepada pelanggan dengan cara memberi, berkongsi atau menunjukkan kepakaran anda kepada pelanggan adalah langlah yang bagus apatahlagi jika kebanyakan pelanggan mencari jawapan dalam talian. Hal ini kerana blog merupakan cara terbaik untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Galakkan review
Adakah perniagaan anda mempunyai ruangan review sama ada di laman web, instagram dan juga tiktok?
Memperluaskan ruangan review pada setiap ruang media sosial boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk membuat kesan yang hebat kepada bakal pelanggan. Sudah tentu, anda ingin mengumpul ulasan sahih daripada pelanggan yang suka mengunjungi perniagaan anda.
Siarkan komen pada halaman Facebook anda dan melalui shoppee dan sebagainya untuk meminta peminat setia berkongsi review berkenaan perniagaan anda. Anda hanya perlu mengingatkan mereka untuk membantu anda dengan menambahkan review peribadi mereka sendiri.
- Hubungi semula pelanggan lama
Anda perlu kembali semula kepada senarai kenalan pelanggan anda yang lama dan hubungi mereka kembali untuk memaklumkan tentang promosi dan diskaun yang anda usahakan. Buat jadual tetap untuk melakukan ini ( setiap suku tahun) dan pilih pelanggan yang tidak anda kembali kepada anda selama enam bulan. Hubungi mereka melalui e-mel, mel terus, teks atau telefon dengan mesej yang menyatakan kerinduan anda serta tawarkan kepada mereka beberapa jenis tawaran atau promosi jika mereka kembali.
- Menyertai acara kemasyarakatan
Tinjauan menunjukkan kebanyakan orang suka menyokong perniagaan tempatan. Jadi, tingkatkan profil anda dalam komuniti dengan mengambil bahagian dalam acara serta organisasi amal. Sebagai contoh, anda boleh menaja acara larian, atur percutian atau bekalkan peralatan kepada organisasi di kawasan bandar anda. Semua ini akan dapat membantu meningkatkan profil serta, menarik pelanggan baharu.
Anda ingin membuat lebih banyak keuntungan daripada perniagaan anda, bukan?
Walaupun meneliti dan membaca tips dan info tentang cara meningkatkan pendapatan memberi anda banyak semangat dan inspirasi, namun, bermimpi tanpa tindakan tidak akan memberi hasil.