Jual beli saham ataupun bermain saham dalam bahasa kebiasaan berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan. Semakin lama dalam pasaran saham, pengalaman dan ilmu akan bertambah dan meningkatkan lagi potensi untuk memperoleh keuntungan. Bagaimana pula untuk orang yang baru belajar atau berjinak-jinak dengan pelaburan dan jual beli saham ini? Untuk pelabur baru yang ingin bermain saham, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum melabur untuk mengelakkan kerugian yang besar. Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan oleh pelabur saham baru:
Sediakan Modal yang Sepatutnya
Modal yang sepatutnya untuk bermain saham adalah modal yang boleh hangus dalam pelaburan. Modal tersebut tidak boleh daripada duit simpanan kecemasan ataupun duit simpanan yang akan digunakan dalam masa terdekat. Data menunjukkan 90% daripada pelabur saham baharu akan mengalami kerugian pada peringkat awal penglibatan. Jadi, haruslah peka bahawa modal yang dilaburkan ini berpotensi untuk hangus sebagai yuran pembelajaran. Berapa modal yang anda mampu untuk rugi, itulah modal maksimum untuk memulakan pelaburan saham.
Belajar Perkara Asas untuk Bermain Saham
Perkara asas adalah sangat penting sebelum anda belajar perkara-perkara yang kompleks dalam pelaburan saham. Antaranya ialah analisis teknikal dan analisis fundamental. Perkara lain yang perlu dilihat ialah industri yang diceburi oleh sesuatu syarikat itu dan bagaimanakah dengan masa hadapan syarikat itu dalam industri yang diceburi. Katakanlah anda berminat untuk melabur dalam syarikat B dan syarikat B terlibat dalam industri pembuatan fabrik. Industri fabrik pada hari ini telah memihak kepada negara yang baru hendak membangun yang mana kos buruhnya adalah lebih murah dan kos pengeluaran akan menjadi kompetitif. Yang penting, pastikan industry yang diceburi sesuatu syarikat itu mempunyai masa depan yang cerah. Â
Analisis Fundamental
Analisis fundamental adalah analisis keseluruhan syarikat baik dari segi kewangan dan operasi. Dapatkan maklumat berkenaan operasi syarikat tersebut, apakah produk dan servis yang syarikat tersebut keluarkan dan dalam niche apa syarikat itu beroperasi. Untuk analisis kewangan, ambil tahu juga keadaan kewangan syarikat semasa melalui penyata untung rugi dan balance sheet. Analisis fundamental penting untuk melihat kesihatan syarikat itu secara menyeluruh sebelum anda membuat keputusan untuk membeli saham syarikat tersebut.  Â
Analisis Teknikal
Penggunaan analisis teknikal adalah sangat penting dalam menentukan masa yang sesuai untuk membeli saham. Dalam pelaburan saham, masa yang sesuai menentukan unrung rugi jika inginkan keuntungan dalam bentuk capital gain. Tersalah beli di pucuk atau pada harga tinggi akan menyebabkan kerugian dalam masa terdekat ataupun akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keuntungan. Penggunaan indicator yang sesuai juga penting untuk membantu anda dalam membuat keputusan bilakah masa yang sesuai untuk membeli saham.
Jaga Emosi
Dalam bermain saham, penjagaan emosi adalah sangat penting dalam membuat keputusan. Jangan membuat keputusan secara terburu-buru dan mengikut perasaan. Ikuti garis panduan yang telah anda tetapkan sebe;um ini dan elakkan membuat keputusan jika dalam keadaan beremosi. Untuk kekal rasional dalam membuat keputusan, anda boleh melakukan analisis saham ketika pasaran tutup seperti pada malam hari. Pada malam hari, emosi anda tidak akan terganggu dengan pergerakan harga saham.