Perpustakaan besar Alexandria yang dibangunkan pada era Alexander di sekitar mediterania adalah salah satu keajaiban dunia kuno yang kini semakin hilang kewujudannya dalam kalangan masyarakat. Pelbagai kajian sejarah dan orang purba tersimpan di sana dan malah ianya juga merupakan satu pusat pembelajaran dan pusat budaya pada zaman itu.
Kajian sejarah dan ilmu yang tersimpan adalah sangat penting untuk mengekalkan pengetahuan agar dapat diturunkan dari generasi ke generasi. Namun, tragedi kebakaran yang pernah menimpa Perpustakaan Besar Alexandria suatu ketika dahulu mengakibatkan semua manuskrip berharga yang tersimpan hilang tanpa rupa.
Bayangkan jika semua rekod hilang dalam kebakaran hebat Perpustakaan Alexandria, apa maklumat yang akan kita pelajari sekarang yang boleh mengubah masyarakat moden selama-lamanya?
Jadi, macam mana cara kita boleh melindungi artifak warisan kita daripada bencana?
Menggunakan teknologi blockchain untuk menyimpan rekod data yang disimpan pada perkhidmatan awan terdesentralisasi boleh menjadi apa yang diperlukan oleh industri sejarah dan arkib untuk melindungi sejarah manusia daripada kemusnahan, rampasan dan penyimpanan rekod yang salah.
Penyelesaian alternatif dengan menyimpan data secara langsung pada blockchain membantu menjaga data yang disimpan dengan betul. Ia juga dapat mengurangkan isu berkenaan kekurangan dana yang disebabkan oleh pihak ketiga yang mengambil bahagian daripada setiap pembiayaan.
2 cara syarikat elak NFT dari hilang
Sifat penyimpanan data berasaskan blockchain dapat melindungi maklumat dengan langkah pembahagian fail yang tersedia kepada beberapa bahagian dengan nod yang berbeza. Ini sekaligus mengelakkan kerisauan yang timbul mengenai kesahihan, keselamatan dan privasi maklumat data.
Blockchain juga dapat mengelakkan isu seperti artikel dan penerbitan yang hilang kerana dianggap tidak layak disimpan. Hal ini disebabkan oleh penulis yang diberi hak untuk arkib secara dalam talian karya mereka sendiri, tetapi ada pihak lain yang dapat masuk dan memadam karya penulis, tanpa mendedahkan maklumat atau petunjuk mengapa karya itu dipadamkan.
Namawee jadi jutawan Kripto dalam masa 3 jam
Jadi dengan teknologi Blockchain, ia membantu memberi kredit yang perlu dibayar dengan mewujudkan rekod pemilikan yang tidak berubah. Tambahan pula, ia memerlukan pengesahan kebenaran bagi setiap perkara yang diubah atau diedit kelak. Malah tidak akan ada lagi keraguan mengenai hak pemilikan seperti passport digital untuk dokumen dan rekod.
Sebagai contoh, non-fungible token atau NFT, menyebabkan industri seni mengkaji semula hak pemilikan, yang membenarkan artis melindungi ciptaan mereka daripada pemalsuan dan penduaan dalam alam digital. Dengan menggunakan idea yang sama ini terhadap arkib dan pengumpulan data, ia dapat memastikan rekod tidak diusik, membuktikan pemilik asal dan format asal.