Bila sebut sahaja Blockchain, ramai yang mula menunjukkan minat untuk terokai lebih lanjut perkembangan teknologi tersebut. Kita pernah mengalami satu zaman yang mana hampir semua industri ingin menerokai lebih mendalam tentang kelebihan teknologi Blockchain ini berbanding dengan teknologi sistem IT biasa.
Sebenarnya apa yang menarik sangat sistem Blockchain ini jika nak dibandingkan dengan sistem pengurusan data yang biasa kita gunakan dalam komputer kita?
Sistem Blockchain ini sebenarnya adalah berasaskan kepada kita panggil sebagai “General Ledger”. Dalam sistem perakaunan, prinsip asas perakaunan adalah apabila kita membuat sesuatu transaksi atau kiraan, sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kita tidak boleh batalkan proses itu dan buat semula. Tiada sebarang kesilapan boleh dibuat, sekiranya tersalah keluarkan invois sebagai contohnya, proses akaun itu perlu keluarkan satu “Void receipt” atau yang seumpama dengannya untuk membatalkan proses pengeluaran invois tersebut.
Hal ini sama dengan sistem arkitek Blockchain. Prinsip asa sistem Blockchain ini adalah sekiranya anda sudah membuat sesuatu transaksi atau proses, anda tidak boleh patah balik untuk batalkan operasi tersebut.Ini adalah prinsip asas proses dalam Blockchain.
Dalam sistem pengurusan data yang biasa, setiap data yang kita kumpulkan seperti nama, no telefon, alamat emel dan sebagainya akan disusun secara sistematik mengikut “Sequel” masing-masing. Ada kolum untuk nama, alamat emel dan sebagainya yang boleh kita rujuk. Sebagai pemilik data, adalah mudah untuk kita “Extract” data-data ini mengikut kesesuaian kita. Tetapi, ada satu kelemahan sistem ini iaitu apabila seorang penggodam sistem berjaya menggodam sistem ini, semua data kita telah disimpan dalam satu sistem yang sama dan mudah untuk dimuat turun. Ini dipanggil sebagai satu “Centralized System” yang mana semua data boleh dikumpul dan diakses di satu tempat yang sama. Ciri-ciri keselamatan sangat tinggi perlu dibelanjakan untuk memastikan penggodam tidak dapat mencuri dan mengakses sistem kita.
Dari segi pembangunan sistem, cara pembangunan sistem yang sedia ada ini adalah lebih mudah dibangunkan dan kurang dari segi belanja tenaga pakarnya kerana kebanyakan kod data sedia ada boleh digunakan semula dan hanya perku diubah sedikit mengikut format yang kita mahu. Pembangunan sistem boleh disiapkan lebih pantas dan dari segi “interface layout” juga mempunyai banyak pilihan untuk kita pilih.
Apa bezanya dalam sistem Blockchain pula dalam pengurusan simpanan data ini?
Dalam sistem Blockchain, setiap data pengguna seperti nama, alamat emel, nombor telefon dan sebagainya disimpan secara berasingan mengikut rantaian blok. Contohnya nama kita disimpan di Blok A, nombor telefon di Blok B, dan sebagainya. Jadi, apabila penggodam cuba menggodam sistem kita, mereka memerlukan masa sedikit untuk mengumpulkan data-data ini mengikut data yang mereka perlukan.
Bukan itu sahaja, dalam sistem Blockchain ini, setiap operasi yang ingin dijalankan, sebagai contohnya ingin membuat transaksi wang sebagai contohnya, sebelum transaksi itu dibuat, transaksi ini mestilah mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 51% daripada “verifier” atau “miner” yang bertanggungjawab untuk memastikan transaksi ini adalah benar dilakukan oleh orang yang sepatutnya serta bukan satu penipuan.
Kerana perlu adanya persetujuan daripada “verifier” ini menyebabkan agak menyukarkan penggodam dan juga mana-mana pihak ingin memanipulasi sistem kita. Ini juga membawa kepada sistem kita lebih telus, lebih diyakini dan lari jauh daripada korupsi yang boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu organisasi. Semakin ramai “verifier” ini maka semakin stabil sistem kita kerana ini akan membolehkan lebih ramai orang yang akan memantau sistem kita daripada dimanipulasi oleh orang lain. Secara teknikalnya, kita telah memiliki anti virus kita sendiri yang terdiri daripada “verifier” ini yang pastinya akan menjaga sistem ini dengan baik.
Jadi, siapa yang nak jadi “verifier” ini? “Verifier” ini boleh dilantik di kalangan orang dalaman organisasi ataupun boleh juga dibuka kepada orang ramai. Setiap kali “verifier” ini “verify” sesuatu transaksi, mereka ini akan diberikan upada dalam bentuk matawang kripto atau aset digital. Di sinilah lahirnya banyak matawang kripto di seluruh dunia kerana tumbuhnya banyak sistem Blockchain yang dibangunkan oleh ramai orang.
1 thought on “Apa Bezanya Sistem Blockchain Dan Sistem IT Biasa?”